Saturday 24 February 2018

SPRM cuba wujudkan indeks rasuah bersifat syok sendiri




Berikutan keputusan CPI yang begitu memalukan negara, Dzulkifli pun mengemukakan sebuah rancangan penyelesaian yang dikiranya terbaik bagi memperbaiki tahap rasuah dalam negara.

Beliau mengumumkan bahawa SPRM sendiri akan merangka indeksnya sendiri dalam masa dua tiga bulan lagi.

Sebuah agensi pencegah rasuah ada indeks sendiri itu boleh dikategorikan sebagai syok sendiri . Mana mungkin SPRM sebagai agensi pencegah rasuah boleh menilai hasil kerjanya sendiri? sudah tentu ada orang lain yang menilainya


Apa yang tak kenanya dengan persepsi indeks rasuah yang dikeluarkan oleh Badan Ketelusan Antarabangsa?

Jika ada yang tak kena SPRM boleh menghubungi badan itu untuk mendapat perincian kenapa Malaysia dinilai sebegitu teruk sekali.

Laporan tahunan CPI berdasarkan tinjauan daripada mereka yang terlibat dalam industri perniagaan, termasuk penganalisis risiko dan orang awam bekerja di negara yang dinilai. Ia berdasarkan sekurang-kurangnya 3 tinjauan bebas berkenaan persepsi di setiap negara.


Malaysia mencatat penurunan sebanyak 7 tangga dan kini berada di kedudukan ke-62 daripada 180 negara dalam indeks rasuah dikeluarkan oleh badan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI), prestasi yang terburuk sejak 5 tahun lepas.

Malaysia memperoleh markah 47 daripada 100 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang dikeluarkan hari ini oleh kumpulan anti rasuah tersebut.

No comments:

Post a Comment