Saturday 3 February 2018

Harga Barangan Import Turun Setelah Tun Mahathir Diumum Calon PM ke 7



Minggu lalu mula menyaksikan ringgit mulai pulih dan ia kini didagangkan pada kadar nilai 3.80 kepada 1 USD kepada nilai tukaran 1 dolar Amerika Syarikat (USD).

Pemulihan ringgit berikutan pencalonan bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan , Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri pembangkang.

'faktor Mahathir' menjadi peransang kepada pemulihan nilai ringgit berdasarkan pencapaian pemerintahannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun sebelum ini.

Pencalonan Dr M mengukuhkan nilai ringgit, KLSE meningkat, media barat, Wall Street sudah mula sedar. sudah seminggu sejak pengumuman Tun Dr Mahathir menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan maka pelabur asing mula memandang ke arah Malaysia untuk melabur.

Apabila ringgit mengukuh maka secara otomatiknya harga barangan makanan yang diimport seperti buah-buahan, daging lembu, kambing mula menampakkan penurunan yang mendadak iaitu antara 10%,15% hingga ke 25%

Sebelumnya nilai ringgit jatuh teruk di bawah pemerintahan Najib

Menurut laman Bank Dunia, kadar Ringgit telah menurun daripada RM3.06 (2011) kepada RM4.39 (2017) berbanding dolar AS. Ini bermakna Ringgit Malaysia kecil berbanding dengan dolar dan apa-apa urusan dalam nilaian dolar (yang menjadi rujukan utama dunia) akan menjadi mahal terutama barangan import.

Lemahnya nilai Ringgit adalah salah satu punca utama kenaikan harga barang kerana kita masih bergantung kepada import untuk barangan utama termasuklah makanan. Nilai Ringgit ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran mata wang yang banyak dipengaruhi oleh iklim ekonomi negara.

Menurut jentera propaganda parti pemerintah, kejatuhan Ringgit berkait dengan nilai dolar AS yang mengukuh justeru di luar kawalan parti pemerintah. Bahkan semua mata wang serantau yang lain telah jatuh jika dibandingkan dengan dolar AS, bukannya Ringgit semata-mata.

Jika difikirkan ada logiknya alasan ini namun jika diteliti dengan lebih mendalam kejatuhan nilai Ringgit jauh lebih buruk berbanding mata wang lain di rantau ini, malah bertambah buruk sejak timbulnya skandal terbesar dunia.

Menurut Rafizi Ramli, Naib Presiden KEADILAN, dalam kenyataannya pada 4 Julai 2017, selain dari Indonesia dan Vietnam, mata wang Ringgit adalah yang paling teruk berbanding Singapura, Thailand, Filipina dan Korea Selatan jika dibandingkan dengan nilai pada tahun 2007 (iaitu nilai asal sebelum Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan). Sejak tahun 2008, nilai Ringgit telah susut 27.7% sedangkan nilai mata wang lain naik 6.8%.

Katanya lagi, “Lebih teruk lagi, kejatuhan nilai Ringgit sebenarnya jauh lebih cepat berbanding mata wang lain sejak berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib dilaporkan oleh Wall Street Journal. Kejatuhan Ringgit berbanding tahun 2015 (iaitu sebelum berita itu dilaporkan) adalah sebanyak 12.3% iaitu tertinggi berbanding mata wang lain di rantau ini”.








2 comments: