MUAR 3 April - Perdana Menteri menyifatkan hasrat pembangkang yang mahu membatalkan kontrak-kontrak dengan China sebagai langkah yang gila dan tidak siuman.
Najib Razak berkata, pembatalan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China hanya akan merugikan rakyat dan bukan pemimpin-pemimpin pembangkang.
Menurut beliau, China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk industri kayu-kayan, minyak kelapa sawit, eksport durian dan sarang burung walet.
“Kita sudah dengar pembangkang telah melahirkan hasrat mereka untuk membatal kontrak-kontrak seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China dan kontrak lain.
Sebelumnya 2 April Pengerusi PAKATAN, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, beliau akan mengkaji semula projek membabitkan pembinaan laluan rel sejauh 688 kilometer merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan yang memakan belanja bernilai RM55 bilion.
“Kalau difikirkan secara logik, siapa mahu menghabiskan masa 14 jam dalam kereta api dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor berbanding 30 minit dengan menggunakan penerbangan,” katanya lapor Bernama.
Penulis berpandangan agak kurang siuman jika Najib mengatakan batal kontrak ECRL itu kerja gila kerana seperti yang diperkatakan oleh Tun Mahathir tiada siapa yang mahu menghabiskan perjalanan 14 jam sedang penerbangan hanya mengambil masa 30 minit.
Kontroversi Kebolehupayaan Projek
penulis ingin mempertengahkan kenyataan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang berkata, ECRL tidak mengikut kajian pra-keboleh upayaan atau pre-feasibility study (PFS), kajian keboleh upayaan atau feasibility study (FS) dan kajian keputusan pelaburan akhir atau final investment decision (FID).
China Communications Construction Company (CCCC) yang diberikan untuk projek ECRL kos anggaran RM55 Billion adalah sebuah syarikat yang bermasalah.
https://azmanamericana.blogspot.my/2016/11/projek-ecrl-kenapa-kontraktor-yang.html
Maka persoalan yang ditimbulkan adalah adakah kos itu munasabah?
Kos pembinaan projek jalan keretapi adalah berbeza-beza dan bergantung kepada pelbagai faktor, umpamanya, faktor geografi, pembinaan jambatan, pembinaan terowong, pengambilan tanah dan sebagainya.
Jika dikaji secara kasar, RM55 bilion dibahagikan kepada 600km, kos per kilometer adalah bersamaan dengan RM92 juta.
No comments:
Post a Comment