Monday, 9 April 2018

Demi Allah, tanah ATM telah diswastakan oleh Najib, kata Rafidah


PETALING JAYA: Tan Sri Rafidah Aziz hari ini membidas Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas menteri pertahanan itu menuduhnya menyebarkan “maklumat tidak benar” dan “pembohongan nyata”, berikutan surat terbuka mengenai penswastaan puluhan ribu hektar tanah milik tentera.

Bekas menteri perdagangan itu mencabar kerajaan mendedahkan kertas putih Kabinet mengenai kira-kira 40,000 hektar tanah, yang menurutnya diswastakan tanpa tender terbuka di bawah rancangan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada 2008, yang merupakan menteri pertahanan pada masa itu.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi,” kata Rafidah melafazkan sumpah dalam mesejnya.

“Jangan dinafikan fakta ini,” katanya, beberapa jam selepas Hishamuddin menafikan dakwaan dalam “surat terbuka” kepada Najib yang disiarkan di Facebooknya.

“Saya bersaksi dengan Allah. Yang penting adalah semua tanah Mindef telah diswastakan dan pajakan selama 40 tahun kepada syarikat milik individu,” katanya.

Terdahulu, Hishammuddin menafikan dakwaan Rafidah mengatakan satu syarikat milik 3 individu kini memiliki setiap inci tanah Kementerian Pertahanan atau tentera.

“Sama sekali tidak benar dan dusta yang terang-terangan,” katanya.

Rafidah antara lain berkata Najib turut mencadangkan penswastaan itu diberi secara terus kepada satu syarikat milik 3 individu, 2 lelaki dan seorang wanita, dengan tempoh pajakan selama 40 tahun, tanpa tender terbuka atau meminta sebut harga.

Katanya, beliau satu-satunya menteri yang mempersoalkan cadangan itu di mesyuarat Kabinet, antaranya mengapa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak dipilih untuk cadangan penswastaan itu.

Rafidah bertegas mempertahankan kandungan kiriman Facebooknya.

“Kementah tidak lagi memiliki 1 inci pun tanah. Semua sudah diswastakan kepada syarikat dimiliki 3 individu.

“Itu fakta asas. Usah lari dari fakta asas. Allah mengetahui segala-galanya,” tambahnya.

Rafidah berkata keputusannya menulis “surat terbuka” kepada Najib datang dari hati nuraninya.

“Saya tidak bertanggungjawab jika saya hanya duduk, dan membiarkan kesilapan dan salah laku berleluasa,” katanya.

Katanya, beliau tak berminat membuat kemunculan semula dalam politik, tetapi mahu membetulkan perkara yang salah.

“Saya bersara dengan gembira. Tiada satu pun keinginan untuk kembali dalam politik.”

2 comments:

  1. Najib memang penuh dengan skandal, daripada merampas bini orang, kes di PD, membawa kepada kes komisyen scorpene melibatkan pembunuhan Altantuya, menipu warga felda dan banyak lagi sehingga kes 1MDB, hanya sepupunya saja yang bangun membela. Kenapa yang lain-lain berdiam diri termasuk Zahid Hamidi tidak bingkas mendepani dakwaan Rafidah Aziz itu?

    ReplyDelete

  2. شركة المثالية للتنظيف

    شركة المثالية توفر علي ربة المنزل عناء التنظيف، والمواظبة علية بإستمرار، خصوصا وأن ربة المنزل الآن يكون عليها مهام كثيرة شاقة ولا يكون لديها مساحة من الوقت للقيام بمهام التنظيف، وليس فقط التنظيف هي من مهام الشركة بل أن الشركة أيضاً تُقدم مجموعة مُختلفة من الخدمات الأخرى التي تخدم راحة عُملائها، بالإضافة إلي تقديم مُستوي عالي من الكفاءة في تنفيذ الخدمة.
    خدمات شركة المثالية:
    ولأن شركة المثالية تقوم علي راحة عُملائها في تقوم بتوفر مجموعة مُختلفة من الخدمات مثل:
    • تنظيف الستائر.
    • تنظيف المفروشات.
    • تنظيف السجاد والموكيت.
    • تنظيف الكنب.
    • تنظيف المجالس.
    • مُكافحة الحشرات.
    • رش مُبيدات.
    • تسليك مجاري.
    حيثُ أن لدينا مجموعة من أكفأ العمُال والأيدي العاملة، بالإضافة إلي اننا يوجد ليدنا أحدث أنواع الأجهزة والماكينات التي تُساعدنا في عملنا، بالإضافة إلي أن المساحيق المُستخدمة في عمليات التنظيف نقوم بإستيرادها من الخارج، وهي مُصرحة من وزارة الصحة ولا ضرر عليها.
    كما أن شركة المثالية تستقبل تليفونات عُملائها علي المدار اليوم لإستقبال طباتهم وإستفسارتهم بإستمرار.
    عزيزي العميل نُحاول أن نوفر لك جميع ما تحتاج إلية، علاوة علي ان أسعارنا لا تقبل المُنافسة.

    ReplyDelete