Sunday 15 April 2018

Calon PM : Lebih baik tua bangka dari tua kutuk


Ketua Penerangan Umno, Annuar Musa dalam kenyataannya 2 hari lepas menyindir kempen pembangkang yang mengajak rakyat untuk memilih warna biru muda dan menolak warna biru tua, dengan mengatakan apa gunanya menggunakan logo berwarna biru muda tetapi mencalonkan pemimpin tua bangka sebagai menjadi calon perdana menteri.

Dalam soal umur umat Nabi Muhammad S.A.W hasil dari tinjauan penulis jika umur melebihi 60 tahun itu pun sudah dikategorikan tua apatah lagi jika menjangkau umur 93 tahun itu adalah bonus anugerah tuhan.

Antara Najib Razak yang berumur 64 tahun calon perdana menteri Barisan Nasiaonal dan Tun Mahathir calon perdana menteri Pakatan Harapan kedua-duanya boleh diketegorikan sudah tua.

Annuar Musa menyifatkan bahawa Tun Mahathir  calon perdana menteri Pakatan Rakyat amat tidak sesuai kerana umurnya sudah teramat tua atau tua bangka. 

Penulis akui umur Tun Mahathir agak terlalu tua untuk dicalonkan sebagai perdana menteri tetapi dari segi rekod, kemampuan, ketajaman fikiran, penerimaan antarabangsa, malah budi bahasa dengan tidak pernah mengungkapkan perkataan “bangang”, “haram jadah” atau “kepala bapak” kepada sesiapa, Tun Mahathir tentu saja jauh lebih baik berbanding Najib.

Tua bangka menurut kamus dewan bermaksud teramat tua, tua benar manakala tua kutuk pula bermaksud orang tua yang buruk perangainya.

Jika Annuar Musa mengatakan Tun Mahathir sebagai tua bangka beliau juga harus menerima hakikat bahawa Najib Razak yang menjadi ketuanya itu sudah pun berumur 64 tahun sudah pun tua dan tak salah jika digelar tua kutuk kerana pelbagai skandal yang menghantui beliau sepanjang menjadi perdana menteri.

Najib razak adalah seorang tua kutuk yang mendapat reputasi yang amat buruk sekali di mata dunia , baru-baru ini The Economist dan MSNBC telah mengelar beliau sebagai pencuri.



Penulis berpendapat lebih baik memilih calon yang tua bangka daripada memilih calon yang tua kutuk untuk menjadi perdana menteri Malaysia

1 comment:

  1. Orang yang sibuk kutuk TunMahadir sudah tua,
    terlupa mereka pun TUA.
    Sudah masuk peringkat WARGA EMAS, mengikut
    konvensen Geneva!!!!

    NAJIB UMOR 64 Tahun
    Rosmah 67 tahun ( lagi 3 tahun 70)
    Anwar Musa 62 tahun.

    Yang muda ialah Sayid Sadddiq, baru berusia 22 tahun

    ReplyDelete