Wednesday 18 April 2018

ECRL : Apa akan jadi jika pengecualian GST itu diseleweng?


Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan sijil pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC), yang tular di media sosial.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada CCCC.

Menjelaskan sebab pelepasan, beliau berkata ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.

"Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini (CCCC) bagi memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan semalam.




Sijil perlepasan GST ke atas perolehan barangan dan perkhidmatan bagi projek ECRL ini akan menimbulkan banyak kecelaruan dalam sistem pencukaian GST. 

Jika China Communications Construction ( ERCL ) Sdn .Bhd melakukan penyelewengan pula bagaimana ? tentunya negara akan kerugian.

Apa akan jadi jika bahan binaan seperti besi , simen dan pelbagai jenis ini di bilkan di bawah projek ECRL tetapi digunakan untuk projek perumahan mewah seperti Forest City dan sebagainya? 



No comments:

Post a Comment