Wednesday 30 May 2018

'Zahid mungkin jumpa hantu, bukan penderma Arab'- Rafidah


Dakwaan Zahid bertemu dengan penderma RM 2.6 Billion itu pada 2015 kini disangkal bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

"Itu pastinya berlaku dalam mimpinya. Zahid nampaknya melihat hantu Arab, sebab tiada seorang pun yang boleh mengenal pasti Arab mana (yang menderma).

"Arab mana yang ada duit dan aset sebanyak itu untuk derma RM2.6 bilion?" kata pemimpin yang pernah mendapat gelaran 'wanita besi' itu dalam wawancara

Rafidah turut menyangkal dakwaan Zahid bahawa derma itu sebagai "penghargaan" terhadap usaha Malaysia melawan keganasan.

"Tolonglah, jangan mengarut. Mari kita selesaikan cerita ini kerana ia menjengkelkan semua...Mari kita cari dari mana sebenarnya duit ini," katanya.

Selepas bersara daripada politik pada 2013, Rafidah yang terkenal dengan ketajaman dan kelantangannya kembali ke pentas politik dalam menjelang PRU ke-14.

Pada mulanya beliau hanya menyuarakan pandangan melalui laman Facebooknya "Rafidah Aziz Malaysian Citizen", sebelum menyokong HARAPAN secara umum dalam


1 comment:

  1. Sebab tu semua orang panggil dia ZAHID KOMEDI. dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh macam Badut Komedian macam dia. Makcik Felda pun tak caya. Nak bodek Najib pun biarlah berhemah. Zahidx, lebih baik kau terjun Jambatan Bagan Dato

    ReplyDelete