Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.
Menteri Sumber Manusia itu juga mendakwa, masyarakat Hindu telah mula menjejakkan kaki di negara ini sejak 2,500 tahun lalu.
Dakwanya, semua bukti mengenai kedatangan agama Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan banyak kuil telah ditemukan di sana.
“Kebanyakan orang telah lupa, orang Hindu mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu. Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, kesemua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana.
“Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka, merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang! Kita dan Melayu adalah setaraf. Ini tanah air kita!” dakwanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam Youtube di sini baru-baru ini.
Kula Segaran dikatakan melakukan dakwaan demikian di dalam bahasa Tamil pada satu program di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu.
Dakwanya, guru di sekolah telah mengajar anak-anak murid tentang sejarah asal usul orang Hindu yang menetap di negara ini sejak 100 tahun lalu sahaja.
“Kita mesti mengetuk kepala guru-guru yang ajar sejarah salah yang sebegini! Pergi beritahu kepada semua, kenyataan ini keluar dari mulut saya, Hindu, kaum pertama di Malaysia, 2,500 tahun yang lepas.
Adakah benar dakwaan Melayu sebagai bangsa pendatang?
Dakwaan Melayu sebagai bangsa pendatang ternyata tidak benar apabila kajian mendapati nenek moyang bangsa itu datang ke rantau ini kira-kira 60,000 tahun lalu, lebih awal berbanding penghijrahan manusia ke Yunnan iaitu 40,000 tahun.
Penemuan itu juga sekali gus menyangkal dakwaan kaum Melayu sebenarnya tidak wujud kerana ia terhasil daripada campuran pelbagai kaum lain.
Sejarah termasuk dalam pembelajaran di sekolah selama ini menyatakan bahawa orang Melayu dikaitkan dengan manusia yang berhijrah dari Yunnan.
Penyelidik sejarah dan penulis dari Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman berkata, sarjana barat Dr. Steven Oppenheimer, pakar Paleontologi Wilhelm G. Solheim dan Professor Arysio Nunes dos Santos telah mengambil bukti-bukti geologi dan mitologi dan digabungkan dengan bukti arkeologi, genetik serta linguistik bersetuju orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang dinamakan Benua Melayu Sunda.
“Asid deoksiribonukleik (DNA) Orang Asli Semenanjung menunjukkan pertalian dengan Austro-Asiatics selatan Burma yang berkembang secara sendiri di Andaman, Siam, Kemboja dan Champa.
“Orang Melayu yang berada di negara ini adalah berasal daripada Orang Asli. Mereka berevolusi menjadi orang Melayu moden apabila mereka keluar dari hutan dan bersemenda dengan orang yang berada di luar.
Manusia Perak (Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di Asia Tenggara dianggap 'penduduk Tanah Melayu' paling lama pernah diketahui wujud, lantaran hidup lebih 11,000 tahun lalu sebelum dikebumikan di Gua Gunung Runtuh.
Bukti di atas sudah cukup mengatakan bahawa Melayu bukan kaum pendatang malah telah pun membentuk negara
Persoalannya
1. Adakah penduduk Bali yang beragama hindu itu semuanya pendatang?dan penduduk asalnya Tamil?
2. Adakah beliau tahu akan bangsanya sendiri iaitu kaum Tamil adalah bangsa terbesar tanpa negara di dunia?
1. Adakah penduduk Bali yang beragama hindu itu semuanya pendatang?dan penduduk asalnya Tamil?
2. Adakah beliau tahu akan bangsanya sendiri iaitu kaum Tamil adalah bangsa terbesar tanpa negara di dunia?
Di Indonesia, ada sekitar 75 ribu orang Tamil di Indonesia, baik yang asli maupun keturunan. Sekitar 40 ribu jiwa tinggal di Sumatera Utara.[5]
Bila kita mula susurgalor keturunan orang, orang akan susurgalor
ReplyDeleteketurunan kita. Di mana semua ini akan berakhir.......????
Macam orang UMNO, orang Tamil juga kena muhasabah diri.
Jangan asik nak memunya, ini tamak haloba namanya.
Bangun, kembangkan otak, majukan diri.
Tiada yang bulat datang bergolek dan bujur datang melayang.
Semua kena usaha sendiri.
Orang Melayu sudah berkurun-kurun menderita.
Kami muhasabah diri - cari di mana salah silapnya.
Tak guna nak salahkan orang lain atau bernostalgia kisah beribu tahun dulu. Hiduplah di tahun 2018 - cari mana salah silapnya kita dan
berubah kepada yang lebih baik.
Kalau asik nak bersusurgalor, takda apa yang dicapai.
Hanhya menambahkan hati sakit sahaja.
Buang masa.
Berpijak di bumi yang nyata, baru boleh buang sengsara.
BERITA BAIK SEMUA ORANG
ReplyDeleteAdakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. kami adalah 100% syarikat pinjaman legit, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com
dan anda juga boleh menghubungi kami di Whatsapp dengan Nombor ini
+12027538718