Monday, 27 August 2018

Jika BR1M itu candu kutipan Tol PLUS juga candu



Kerajaan akan mengurangkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedikit demi sedikit sebelum ia dimansuhkan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah tersebut bertujuan untuk memastikan rakyat lebih berdikari dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata.


RAMAI tidak sedar bahawa pemberian tunai (BR1M) kepada rakyat seperti diumumkan dalam pembentangan bajet 2013 baru-baru ini adalah usaha terlindung pentadbiran Najib dan Barisan Nasional untuk membawa rakyat negara ini (terutama dikelas bawah) menjadi lebih tidak produktif seperti sedia ada.

Sifirnya, bila rakyat malas, penghasilan akan menjadi kurang, hanya mengharapkan tunai dari kerajaan. Seterusnya, hanya kerajaan yang menawarkan tunai secara langsung kepada rakyat akan dipilih dalam pilihanraya.

Sehubungan itu ramai dari ahli politik mengambarkan BR1M itu sebagai candu
 
Candu versi PAS

Maka itu, perumpaan ‘penagih candu’ yang diguna pakai Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tempoh hari bagi menggambarkan kelompok masyarakat yang terlalu mengharap bantuan kecil seperti BR1M ini adalah satu perumpamaan yang sangat tepat.

Candu versi Bersatu

Muhyiddin pernah berkata berkata, Najib telah menawarkan banyak 'gula-gula' kepada orang ramai dan menyamakan pemberian tersebut dengan dadah.

"Ia umpama candu ekonomi untuk membuatkan orang khayal sebentar dibuai mimpi yang indah - indah. Sedangkan penyakit sebenar ekonomi negara kita tidak dirawat," kata beliau yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Candu versi DAP

“Bajet dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pemberian BR1M adalah ‘candu’ diberikan kepada rakyat tanpa perancangan.

Ini adalah rasuah sesuai dengan BR1M sebagai pemberian rasuah satu Malaysia, berbeza di Selangor apabila kita membantu rakyat melalui peruntukan besar,”Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan)

Tol PLUS juga candu

Lim Guan Eng pernah menyatakan, kutipan tol di Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) sepatutnya dimansuhkan dan bukannya dinaikkan lagi. The Malay Mail Online melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa PLUS sudahpun memperoleh semula kos pembinaan dan semua perbelanjaan yang terlibat dahulu, yang mencecah RM5.9 bilion.

Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Kerja Raya ketika itu Datuk Fadillah Yusof yang memaklumkan jumlah keseluruhan yang telah dikutip oleh PLUS setakat tahun 2015 ialah RM36.39 bilion. “Ini ditambah pula dengan pampasan yang dibayar oleh kerajaan kepada PLUS akibat penangguhan kenaikan tol sehingga 2015 ialah RM917.1 juta,” tambah beliau.

“Dalam maksud lain, jumlah RM36.39 bilion yang telah dikutip daripada pengguna itu adalah enam kali ganda daripada kos asal,” merujuk kepada kenyataannya yang dikeluarkan hari itu. Lim juga menambah, kos pengambilan tanah ketika itu ditanggung oleh kerajaan persekutuan.

“Jika kita mengambil kira kos penyelenggaraan serta pelebaran jalan, kos berkenaan tidak akan melebihi jumlah RM36.39 bilion yang dikutipd daripada pengguna,” ujarnya. Untuk itu, menurut Lim, kutipan tol PLUS sepatutnya dimansuhkan.

Memandangkan PLUS sudah meraih pendapatan melebihi daripada perbelanjaan modalnya, kenapa kadar tol tidak diturunkan untuk mencerminkan hanya kepada kadar kos penyelenggaraan sahaja?” tanya beliau.

Mansuh  tol PLUS adalah manifesto PH tetapi tidak dilaksanakan kenapa?

Baru - baru ini Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bertemu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad iaitu pemegang saham terbesar syarikat konsesi tol terbesar negara, Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS). Pertemuan ini untuk membincangkan langkah penstrukturan semula tol.

Nak dijadikan sebab tidak mahu tol di mansuhkan , kerajaan PH dikatakan terpaksa membayar berbillion-billion kepada kepada syarikat konsesi pada hal syarikat konsesi adalah GLC kerajaan . Tak kan kerajaan dengan kerajaan pun susah nak berunding?

Persoalannya kenapa tol PLUS ini sukar untuk dimansuhkan itu tidak timbul tetapi yang timbul ialah kecanduan kerajaan terdahulu dan sekarang untuk mengutip tol 

Tatkala pemansuhan bayaran tol akan memberi manfaat kepada pengguna dan mengurangkan tekanan kerana peningkatan kos sara hidup, para pengkritik percaya langkah itu akan mengundang pula ketegangan kewangan kepada kerajaan jika bayaran tol yang dimansuhkan itu tiada pengganti kepada sumber pendapatan besar yang lain.

Sifirnya, bila kerajaan malas, kutipan tol yang berpanjangan akan dijadikan penghasilan negara.

Jika BR1M dikatakan candu ,Kutipan Tol Plus juga boleh diibaratkan sebagai ketagihan candu  mengharapkan tunai dari rakyat walaupun telah kutip hampir 7 kali ganda dari kos pembinaan tol.

No comments:

Post a Comment