PKR berdepan risiko dibubarkan sekiranya Rafizi Ramli terus bertanding pada pemilihan parti akan datang, lapor The Sun.
Ini kerana Rafizi mempunyai dua sabitan dan peraturan parti tidak membenarkan sesiapa yang mempunyai sabitan jenayah untuk bertanding pada pemilihan parti, menurut sumber yang dipetik akhbar terbabit.
Bagaimanapun, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti tidak mempunyai sebarang halangan untuk membenarkan beliau bertanding jawatan tersebut.
"Itu kena tanya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Kita kena melihat bagaimana ROS menilai perkara ini.
"Rafizi sepatutnya tidaklah menerima sabitan apa-apa. Dia tidak bersalah, jadi apa salahnya beliau bertanding. JPP mungkin ada keputusan," katanya kepada media di Parlimen hari ini.
Beliau sebelumnya tidak dapat menyertai pilihan raya umum 9 Mei lalu disebabkan sabitan itu kerana Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen hilang kelayakan selama 5 tahun, jika sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.
No comments:
Post a Comment