Monday, 13 August 2018

Liabiliti luar jangkaan : BN punca manifesto 100 hari PH tertangguh


Janji 100 hari Pakatan Harapan hanya tinggal 4 hari lagi namun kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif Janji 100 harinya sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Antara inisiatif yang akan ditangguhkan pelaksanaannya itu ialah pemberian subsidi petrol bersasar bagi kereta bawah 1300 cc dan motor di bawah 125 cc, skim caruman KWSP untuk suri rumah, peningkatan gaji minimum, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan pelaksanaan Skim Peduli Sihat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, semua inisiatif ini hanya akan dilaksanakan kerajaan pusat apabila keadaan kewangan bertambah baik.

"Walaupun kerajaan ingin melaksanakan semua janji 100 harinya, namun kerajaan juga mempunyai tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan dahulu dengan menyebabkan masalah kewangan yang tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak dibendung.

"Kerajaan akan terus komited untuk memenuhi janji-janji manifesto apabila keadaan kewangan mengizinkan.

"Jika keadaan kewangan negara bertambah baik dalam tempoh 100 hari, kita akan laksanakan, tetapi jika tidak kita akan tunggu sehingga ia baik," katanya pada sidang media di bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Mengenai harga runcit petrol, Guan Eng berkata harga petrol RON95 dan diesel dikekalkan pada harga semasa iaitu masing-masing RM2.20 dan RM2.18 seliter, manakala harga petrol RON97 pula akan ditetap berdasar harga pasaran dan disemak secara mingguan setiap Khamis bermula 7 Jun ini.

"Bagi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST), Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 akan dibentangkan di Dewan Rakyat sebaik selesai Perbahasan Titah Diraja di dalam sidang Parlimen akan datang," katanya.


Tun Mahathir dalam satu sidang akhbar pada bulan Jun lepas berkata “Kita membuat janji berasaskan kepada pengetahuan yang tidak mencukupi kerana kita tidak tahu setakat mana kerosakan yang berlaku dan hari ini kita dapati bahawa walaupun kita sudah berbuat janji dalam jangkamasa 100 hari kita akan tunaikan 10 perkara tetapi malangnya perkara-perkara ini tidak mudah ditangani.

“Sebab itu kita terpaksa mengakui bahawa kita mungkin akan mengambil masa lebih daripada 100 hari,” katanya.


Tun Mahathir juga berharap rakyat akan memahami situasi tersebut seterusnya memberi peluang dan kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk melaksanakan janji tersebut walaupun ia bakal mengambil masa yang panjang.

Liabiliti luar jangkaan yang ditanggung oleh Pakatan harapan amatlah besar, banyak perkara yang diselindungi oleh kerajaan BN di bawah pentadbiran Najib kepada pengetahuan umum . Liabiliti ini menyebabkan kerajaan PH terpaksa memanjangkan manifesto 100 hari.

Antara liabiliti luar jangkaan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan PH ialah :

1. Hutang Negara mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017.

2. Hutang Felda berjumlah RM8.025 bilion adalah legasi kepimpinan terdahulu berikutan terlalu banyak campur tangan politik dalam urus tadbir manakala sebelum Najib ambil alih Felda mempunya dana hampir 4.3 billion.

3. Kerajaan terpaksa tanggung kos membayar balik kepada peniaga apabila sebanyak 19.4 billion wang bayaran balik  GST didapati hilang 

4. Malaysia dijangka memerlukan RM34.6 bilion untuk bayaran khidmat hutang 1MDB sepanjang lima tahun ini, menurut Maybank Kim eng Securities.

No comments:

Post a Comment