Tudung Periuk adalah lagu klasik Melayu dua rangkap dalam bentuk pantun yang didendangkan secara duet oleh Allahyarham P. Ramlee bersama Saloma (Salmah Ismail) dalam filem tahun 1964 arahan beliau, Sumpahan Orang Minyak. Lagu yang dicipta oleh Zubir Said tersebut dinyanyikan dengan penuh gaya lenggok klasik Melayu.
Tudung periuk pandailah menari,
Permainan anak putera mahkota,Kain yang buruk berikan kami,
Untuk menyapu si air mata.
Kekalahan UMNO jika diteliti – bukanlah suatu ujian, tetapi merupakan bala yang berpunca daripada kepimpinan Najib yang curang dan penuh skandal.
Najib, tudung periuk dan kain buruk
Fungsi tudung periuk ini ialah menutup periuk sama ada semasa memasak supaya cepat masak atau menutup lauk dari dicemari kekotoran.
Ketika periuk mendidih dan menari - nari apabila ditolak wap bolehlah diibaratkan sebagaimana Najib Razak yang menari - nari menafikan segala tuduhan salahgunakuasa dan rasuah terhadapnya dan tidak mahu mengaku kesalahan mahupun mengundur diri .
Bila tudung periuk itu sudah dicemari dengan kekotoran maka fungsinya jauh sekali boleh mendatangkan kebaikan, isi di dalam periuk akan tercemar akibat dari kekotoran yang ada pada tudung periuk.
Makanan di dalam periuk diibaratkan sebagai isi kepada persoalan orang melayu UMNO melibatkan emosi, roh, sentimen, perjuangan dan sebagainya akan terkesan .
Lagu tudung periuk ini juga dikaitkan dengan kain buruk. Kain buruk di dalam lagu ini mempunyai nilai yang cukup tinggi kerana ia digunakan untuk menyapu air mata. Air mata adalah lambang kesedihan dan kedukaan.
Kain buruk sinonim dengan sesuatu yang tidak digunakankan lagi. Najib Razak bukan lah lagi presiden UMNO tetapi mereka Melayu Umno masih menyanjunginya dan di bawa berkempen di PRK Sungai Kandis.
Analogi yang hebat
ReplyDeleteSalam bro. Correct, absolutely correct. Kain buruk juga kalau tak dibuang, dibuat PENGESAT KAKI.
ReplyDelete