Wednesday 1 August 2018

Khazanah rugi RM80 juta jual baju dalam, coli jenama zivame


KUALA LUMPUR - Menyimpang daripada tujuan asal antara faktor mengapa kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu melihat semula peranan yang dimainkan Khazanah Nasional Berhad.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali berkata, beberapa perkara yang berlaku sejak tahun lalu telah menuntut kerajaan hari ini meletakkan semula syarikat tersebut di landasan yang ditetapkan.

Menjawab soalan itu, Azmin merujuk kepada pelaburan Khazanah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sebagai contoh, Khazanah telah melabur sebanyak hampir AS$20 juta melalui sebuah syarikat online retalier yang menjual loungeries, baju dalam, bras (coli)... akhirnya pelaburan ini terpaksa diwrite-off atau dihapus-kira.

“Ini yang paling kecil yang berlaku,” katanya.

Khazanah Nasional Berhad telah melabur pada tahun 2015 dalam sebuah portal perniagaan online, Zivame, yang menjual pakaian dalam wanita di India.

Usaha itu bertujuan membantu lebih ramai wanita membeli pakaian dalam secara atas talian, sekali gus mengatasi rasa malu membeli-belah secara terbuka di pasar raya.

Zivame, yang bermaksud “saya yang berseri” dalam bahasa Ibrani, diasaskan bersama oleh Richa Kar bagi meneroka pasaran runcit atas talian untuk pakaian dalam wanita di India, di mana pembeliannya masih dianggap satu pengalaman yang kekok untuk wanita di sana.

Banyak kedai pakaian dalam di India mempunyai reka bentuk yang terhad dan dikendalikan kakitangan lelaki.

Zivame yang dilaporkan mampu menjual satu coli setiap seminit, menawarkan pelbagai saiz dan lebih 500 pilihan reka bentuk coli.

2 comments:

  1. Everything Khazanah touches - insider or outside, turns to dust🤤🤤🤤

    ReplyDelete