Tuesday, 11 September 2018

2.6 Bilion : Najib masih hidap 'denail syndrome'


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap menegaskan bahawa dana sebanyak AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke akaun peribadinya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah derma kerabat diraja Saudi.

Di ekaun facebooknya hari ini beliau ada memberi pelbagai penafian beserta salinan-salinan dokumen 


Antara sedar atau tidak Najib masih menghidap sindrom penafian 'Denail Syndrome' walaupun beliau sepatutnya tidak lagi dalam keadaan begini.

Denial adalah istilah psikologi yang dikenakan pada seseorang yang menyangkal dan menolak serta tak mau melihat fakta-fakta yang menyakitkan dirinya atau yang tak sejalan dengan keyakinan-keyakinan dan pandangan-pandangannya.

Tingkah laku sindrom-menafikan adalah berfasa-fasa:

Fasa pertama: Tidak mahu percaya

Ini adalah reaksi automatik. Pada saat beliau menerima tuduhan mengelapkan wang sejumlah 2.6 billion itu dia tidak mahu percaya walaupun ditunjukkan bukti sahih.

Pada 3 Julai 2015, kecoh satu Malaysia apabila berita mengenai RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selepas isu ini kecoh, berikut adalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib dan seteru UMNO beliau :

Kenyataan #1: Datuk Ahmad Maslan nafi Najib terima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi
Kenyataan #2: Najib menyatakan ia adalah konspirasi pembangkang
Kenyataan #3: Najib Ingin mengeluarkan saman terhadap Wall Street Journal
Kenyataan #4: Tiba-tiba mengaku ada RM2.6 bilion tapi itu bukan duit rakyat mahupun 1MDB
Kenyataan #5: Mengaku terima wang tersebut tetapi ia sebenarnya duit derma
Kenyataan #6: Memberitahu bahawa duit derma tersebut datang dari kerajaan Arab Saudi
Kenyataan #7: Guna dana untuk kemajuan parti
Kenyataan #8: Duit derma dipulangkan semula. Hmmm kenapa?

Fasa kedua: Marah

Dalam fasa ini, dia tidak dapat menolak bukti-bukti yang ada, tetapi dia menyalahkan orang lain, akibatnya dia menjadi amat marah kepada orang yang dipersalahkannya.

Sejak beliau dikaikan dengan skandal 1mdb, beliau kerap menghamburkan kata-kata kesat seperti haramjadah,bangsat,sekor-sekor,kepala bapak kau, bodoh yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang perdana menteri menunjukkan beliau sangat marah.

Fasa ketiga: Mengambil tindakan, seperti mahu membalas dendam dan seumpamanya.

Pada 2016 Muhyiddin & Mukhriz dipecat, Shafie Afdal telah dipecat dari UMNO kerana mempersoalkan tentang 1mdb

Fasa keempat: Coming-to-terms

Dalam fasa ini, perlahan-lahan seseorang itu mula dapat menerima kenyataan. Namun, bagi sesetengah orang dia tidak pernah sampai ke fasa ini. Dia terus berada dalam fasa menafikan, fasa marah dan fasa dendam.

Dilihat Najib Razak telahpun melalui fasa satu,fasa kedua dan fasa ketiga sindrom penafian tetapi masih belum lagi menjangkaui fasa ke empat

3 comments:

  1. http://www.sarawakreport.org/2015/10/his-highness-the-fake-sheikh-we-expose-najibs-mystery-donor-exclusive/

    ReplyDelete
  2. Najib berharap membuat comeback,dgn sedaya yg ade Najib cuba membersihkan namanya,di lihat dari kenyataan dan tulisan beliau kebelakangan ini jelas beliau sdg mencari simpati rakyat.LaLokman Nor Adam dan komandonya seramai 50 org itu pula ditugas membuat aktiviti jalanan,semua itu diatur semoga rakyat bangun dan mula bangkit menuntut Najib dikembalikan ke takhta jawatan PM.Kerajaan PH terpaksa mengada PRU utk mendapat mandat baru.Malangnya PH kalah kepada satu gabungan baru yg diketuai Umno & PAS .Najib di lantik PM ke 8 dan Haji Hadi sbg TPM.Sahabat sekelian..tolong tafsir mimpi saya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki....nasib baik hanya mimpi. Terkono den..

      Delete