KUALA TERENGGANU -Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin sebarang keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung kerjasama dengan Umno akan diterima anggota parti akar umbi.
Menurutnya, sejak dahulu lagi, ahli Pas mengamalkan sikap taat dan akur kepada pimpinan parti. Malah katanya, kerjasama antara Pas dan Umno akan diteruskan sekiranya ia membawa lebih banyak kebaikan kepada Islam dan orang Melayu.
“Apa sahaja perkara yang baik, Pas akan bekerjasama dengan Umno, namun untuk perkara yang tidak baik, Pas tidak sesekali akan bersama.
“Kita tidak ada gabungan dengan Umno, tapi masa akan datang tidak tahu lagi. Apa-apa boleh berlaku dalam politik,” katanya mengulas mengenai kemungkinan adanya gabungan rasmi antara Umno dan Pas.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Terengganu bertempat di Stadium Negeri, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Terengganu bertempat di Stadium Negeri, hari ini.
Pas dan Umno bekerjasama khususnya dalam dua PRK baru-baru ini, namun pimpinannya sebelum ini menyatakan ia bukan ke arah menggabungkan dua parti.
Sebaliknya, ia lebih bersifat kerjasama antara blok pembangkang dalam memberi teguran kepada kerajaan PH dalam isu kepentingan bersama khususnya Islam dan Melayu serta menguntungkan rakyat.
No comments:
Post a Comment