Monday 17 September 2018

Muhyiddin boleh jadi timbalan Anwar, kata Rafizi


KUALA LUMPUR, 16 Sept — Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar dilantik timbalan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ketua umum PKR menjadi perdana menteri.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli dalam wawancaranya dengan The Star hari ini menyatakan jika pemimpin partinya menjadi timbalan, ia membawa makna negatif.

“[Muhyiddin] boleh melengkapkan Anwar. Mereka berdua daripada generasi yang sama. Kedua-duanya ada pengalaman paling lama dalam kerajaan,” katanya.

Rafizi juga berkata Muhyiddin lebih tenang berdepan masalah dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) seperti sewaktu pengagihan kerusi dalam pilihan raya umum lalu.

Jumaat lalu, Anwar menegaskan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan melepaskan jawatan timbalan perdana menteri apabila beliau menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad nanti.

1 comment: