Tuesday 18 September 2018

Khairy persoal Zahid kenapa tidak ambil tindakan terhadap Jamal dan Nazri


Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan Zahid Hamidi selaku presiden UMNO kerana tidak mengambil tindakan disiplin terhadap Jamal dan Nazri,beliau menyifatkan tindakan pemimpin Umno berkempen bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahi disiplin Umno.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahamad Zahid Hamidi berkata Mohamed Nazri tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin parti sekiranya berkempen untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Port Dickson.

Zahid berkata pendirian itu diambil kerana beliau sering meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli UMNO.

"Itu bukan lagi meraikan perbezaan pendapat. Itu mengkhianati parti," kata Khairy menerusi catatan di Twitternya

"Tataetika parti jelas. Kalau kempen untuk parti lawan, kena buang daripada UMNO" katanya lagi.

Jika dilihat pada perlembagaan UMNO

Fasal 20.8 (a)

Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:- 


(a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;


Manakala merujuk kepada Tataetika Ahli

Perkara 3: Kesetiaan

3.1: Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:

3.1.1: Patuh kepada perlembagaan dan tataetika ahli

3.1.2: Mengikut perintah-perintah parti

3.1.3: Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti (termasuk keputusan disiplin parti)


Contoh kesalahan

Menjadi calon pembangkang, pencadang atau penyokong borang pencalonan atau melakukan perbuatan yang boleh ditafsir telah menyokong calon parti lawan;

Jika dilihat pada perlembagaan UMNO dan Tataetika ahli , terang lagi bersuluh kesalahan menyokong parti lawan adalah kesalahan disiplin yang utama dan bukan meraikan perbezaan tetapi lebih kepada mengkhianati parti .

Tidak ada sebab yang munasabah bagi alasan Zahid bagi mentafsirnya sebagai meraikan perbezaan pendapat.

Jika dilihat pemecatan ahli UMNO kerana kesalahan disiplin bukan lagi satu perkara yang asing

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 24 Jun 2016 yang lalu sebulat suara bersetuju memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir atas kesalahan disiplin.

Ketika itu presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata tindakan kedua-duanya yang berkempen di pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

2 comments:

  1. Sokong Anwar... Untung2 bleh gabong ngan PKR... Jadi menteri lg.. tak gitu En Nazri.

    ReplyDelete