Thursday 20 September 2018

Pertahankan Najib : Lokman dilihat ingkar nasihat Annuar Zahid KJ dan Johari



Semalam di Putrajaya Lebih 30 penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak berhimpun di luar bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sejak 8 malam tadi, sebagai tanda solidariti dan membantah penahanan bekas Perdana Menteri itu.


Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan SPRM yang dilihat seolah-olah diperalat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pihaknya juga mengecam kenyataan SPRM yang menyatakan bahawa penahanan Najib itu dilakukan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Dilihat agak pelik akhir - akhir ini  Lokman Adam beria-ria sangat nak mempertahankan Najib sedangkan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak boleh lagi membuang masa mempertahankan bekas presiden Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga menyifatkan Najib - yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram - sebagai "beban" yang tidak lagi boleh dipikul Umno.

“Kami perlu teruskan perjalanan ini. Kami tidak akan tunggu. Kami tidak akan bazirkan masa mempertahankan Najib.

“Kami dalam Umno tidak boleh bawa beban ini selamanya. Perlu diputuskan. Jika ini semua tanggungjawab beliau (Najib)," katanya

Malah presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar Datuk Seri Najib Razak tidak terasa hati dengan kenyataan pemimpin Umno yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai "beban".

Manakala Ketua Umno Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula berkata Umno mungkin perlu merehatkan Najib pada pilihan raya kecil seterusnya memandangkan anggota parlimen Pekan itu berdepan perbicaraan mahkamah.

Ditambah lagi dengan kenyataan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin 

'Kami tak nak bawa cicak monitor hidup ( Najib Razak ) ke bahu Kami'

Dilihat mempertahankan Najib bukan lagi agenda UMNO dan Lokman Adam harus perlu berhenti mempertahankan Najib

1 comment:

  1. LaLokman terlebih dos tuu.. tunggu bila dos dah abis..elok le tuu..

    ReplyDelete