Thursday 20 September 2018

Sindrom 'gelabah transaksi' mungkin punca pemimpin kanan Umno keluar parti


Lebih ramai lagi pemimpin dalam Umno dijangka akan mengikuti jejak langkah ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang membuat keputusan keluar daripada parti itu.

Tindakan keluar parti tersebut dikatakan bahawa mereka tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Umno yang mungkin disebabkan oleh tindak tanduk dan keputusan yang dibuat untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas.

Tetapi penulis ada anggapan lain yang jadi  faktor utama kenapa mereka pemimpin kanan UMNO keluar parti iaitu 'Gelabah Transaksi '

'Gelabah transaksi' yang dimaksudkan itu ialah rasa cemas,ragu,bimbang,debar dan kurang senang mereka tentang keadaan siasatan salahgunakuasa dan rasuah ke atas bekas presiden UMNO iaitu Najib Razak akan membabitkan mereka ikutan aliran transaksinya

Lihat sumber 

1. Pemimpin umno terima wang SRC
2. Shahrir sahkan akaun peribadi, Umno Johor Bahru dibekukan
3. 'UMNO perlu kembalikan dana'
4.Akhbar: BN terima RM300 juta dana 1MDB dari akaun Najib
5.Peguam dakwa Hishammuddin akan dipanggil SPRM
6.SPRM beku akaun ahli politik Kelantan


Barisan Nasional dikatakan telah menerima RM300 juta wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui akaun pengerusinya Datuk Seri Najib Razak.

Dana sebesar itu, termasuk RM145 juta kepada Umno, digunakan oleh parti tersebut untuk menghadapi pilihan raya umum 2013, lapor mingguan The Edge.

Daripada jumlah ini, sumber memberitahu akhbar itu, Umno Selangor menerima RM19 juta, sementara Umno Johor menerima RM25 juta, melalui cek.

Jumlah RM145 juta ini daripada RM800 juta di dalam akaun AmBank milik bekas perdana menteri yang diambil daripada jualan bon 1MDB pada 2012 dan 2013.


Akhbar perniagaan itu menyebut Najib mempunyai beberapa akaun di bank tersebut, termasuk yang menerima RM2.6 bilion pada Mac 2013.

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bertegas mahu UMNO pulangkan dana yang dicuri dari 1mdb

Kata Dr Mahathir, wang milik 1MDB perlu dipulangkan kepada kerajaan.

"Kita perlu tahu dari mana wang itu datang dan sekiranya dari 1MDB, ia perlu dipulangkan," kata Dr Mahathir

No comments:

Post a Comment