Thursday 20 September 2018

Isu gadai rumah Anwar : Kalau Azmin ikut Khalid tak guna duit Selangor salah ke?


Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli melakukan 'serangan' sekali lagi ke atas penyandang jawatan itu Datuk Seri Azmin Ali menjadikan saingan untuk jawatan pelapis parti berkenaan semakin panas.

Kali ini Rafizi mendakwa Azmin - dan penyokongnya - gagal membantu parti menyediakan dana mencukupi ketika PKR membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Berucap di majlis #Reformasi20Tahun di Kuantan, Pahang semalam Rafizi mendakwa keadaan itu mendorong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencagarkan rumah mereka yang terletak di Bukit Segambut.

"Kita ada menteri besar, kita ada exco, kita nampak gah.

"Bukan kita suruh ambik duit Selangor, tapi kita minta dia buat tugas dia untuk cari dana dengan cara yang ikhlas, macam kami cari dana untuk parti," katanya tanpa menyebut nama sesiapa.

Tidak seperti kem Azmin, Rafizi menjelaskan pihaknya gigih mengumpul dana sebanyak mungkin dengan pelbagai cara termasuk melalui jualan baju T.

Keadaan itu katanya terpaksa dilakukan kerana mereka tidak mempunyai kedudukan atau kuasa, apatah lagi menjadi menteri besar.

Belum bayar balik

"Tetapi kamu menteri besar, kamu exco. Kamu ada jawatan besar.

"Kamu boleh sebenarnya menjalankan tanggungjawab mencari dana dengan cara yang ikhlas untuk membantu parti menghadapi pilihan raya," katanya.

Namun kata bekas anggota parlimen Pandan itu wang yang diperlukan "tidak pernah" disalurkan kepada parti.

"Duit itu tak pernah datang saudara saudari. Seminggu, dua minggu sebelum pilihan raya.

"Saya bagitahu Datuk Seri Anwar, tak payah bimbang. Mana yang kami boleh bayar, akan bayar.

"(Duit) deposit (untuk calon), kempen semua, kami tolong, tapi yang tempat lain, parti kena bayarlah.

"Parti tak ada duit. Saudara tahu Anwar Ibrahim buat apa? Anwar dan Kak Wan (Dr Wan Azizah) gadaikan rumah di Bukit Segambut, buat pinjaman bank RM4 juta. Tak bayar (balik) lagi sampai sekarang," katanya.


Azmin mungkin ikut jejak langkah Tan Sri Khalid. Duit kerajaan, jawatan yg mereka sandang dlm kerajaan bukan tiket utk salurkn dana khusus ke dlm parti. Itu adalah hak rakyat.

Urusan dana parti tidak sepatutnya jadi bahan kempen kerana sebelumnya Tan Sri Khalid telah mendedahkan kepada umum sesuatu rahsia parti yang tidak patut didedahkan. 
Katanya 

"Ketika saya menjadi Menteri Besar Selangor, saya berjaya menambah rizab negeri. Apabila rizab negeri banyak, ada pihak beri arahan kepada saya untuk beri duit kepada parti. Saya tidak setuju sebab ini duit rakyat, jadi ada pemimpin tertinggi marah kepada saya.

"Saya rela berundur daripada terbabit dalam politik kotor ini. Saya diamanahkan untuk bekerja bagi menambahkan hasil negeri yang kemudian diturunkan kepada rakyat," katanya berucap pada program ceramah di Jalan Kebun di sini, hari ini.


Abdul Khalid mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu beliau menggunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan program dan kempen PKR.

Menurut pandangan penulis Rafizi tidak perlu menyentuh soal kewangan dan dana ketika berkempen pemilihan parti kerana ianya berkaitan dengan dalaman yang perlu diselesaikan secara tertutup 

No comments:

Post a Comment