Friday 21 September 2018

Rais: Anwar sebagai TPM peluang untuk betulkan kesilapan 1998


Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri akan memberi peluang kedua untuk memperbetulkan keadaan dengan bekas seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut candangan yang disuarakan di Twitter dua hari lalu, Rais berkata gandingan Mahathir-Anwar sebagai "sangat bagus" dan "sangat menyerlah".

"Lebih baik gandingan ini dihidupkan semula...Hal-hal yang berlaku sebelum 1998 boleh disusun (dan dibetulkan) balik.

"Janji-janji yang dibuat sebelum ini dapat diserahkan (dijayakan) kepada rakyat. Pada saya gandingan Mahathir dan Anwar sangat bagus dan sangat menyerlah.

"Apa yang berlaku pada masa lalu boleh dipercantikkan dan diperelokkan sekarang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran autobiografi Allahyarham Kassim Ahmad bertajuk Autobiografi Seorang Pemberontak di Universiti Malaya hari ini.

Rais mengulang kembali gesaannya agar isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri untuk memberi laluan kepada Anwar.

"Lebih kena kalau Anwar jadi timbalan (perdana menteri) dan Wan Azizah memilih (jalan) yang terhormat jika ada penyusunan (kabinet)," katanya yang kini menganggotai BERSATU.

Ketika kali pertama Mahathir sebagai perdana menteri, Rais berkhidmat sebagai menteri luar.

No comments:

Post a Comment