Monday 12 November 2018

Graduan menganggur : Maszlee patut beri respon kepada Syed Saddiq


KUALA LUMPUR 12 Nov. - Kementerian Belia dan Sukan akan mencari penyelesaian mengenai masalah pengangguran siswazah bumiputera yang berada di tahap membimbangkan ketika ini.

Menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, antara punca masalah itu berlaku adalah berlakunya ketidaksepadanan kemahiran siswazah dengan kehendak industri dan diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja.

“Saya sedih apabila melihat Laporan Tinjauan Ekonomi Kementerian Kewangan 2019 yang meneliti kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan kadar penggangguran bumiputera tinggi.

“Apapun kita perlu melihat dengan lebih mendalam punca masalah ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.


Sebagai Menteri Belia dan Sukan penulis merasakan Syed Saddiq perlu mengutarakan permasalahan ini kepada Maszlee selaku Menteri Pelajaran. Ianya merupakan isu besar yang perlu diberi perhatian yang sepenuhnya oleh kerajaan

Kementerian Pendidikan sepatutnya memberi fokus kepada isu atau perkara yang lebih besar dalam negara seperti menambah baik sistem pendidikan negara, mencari jalan menyelesaikan segala masalah berkaitan gaduan menggangur, meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran serta banyak lagi.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan faktor yang menyumbang kepada pengangguran belia di Malaysia ialah ketidakcukupan kemahiran atau pendidikan, kekurangan pengalaman bekerja dan ketidakpadanan kemahiran.


No comments:

Post a Comment