Sekumpulan besar individu yang hadir turut berarak ke kompleks One City dan merusuh di pejabat pemaju yang juga merupakan pemilik tanah kuil yang terlibat dalam pertikaian berkenaan
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Azis Jamman yang berada di lokasi ketika itu menegaskan bahawa kejadian ini agak keterlaluan , pertikaian yang tidak melibatkan kaum dan boleh diselesaikan secara baik.
"Ini bukan soal isu agama, atau isu bangsa. Ini hanyalah pertikaian melibatkan tanah antara syarikat dan kuil.
Ini merupakan rusuhan kali ke 2 melibatkan isu pemindahan kuil Sri Maha Mariamman di antara penganut hindu dan pihak pemaju
Jika dilihat walaupun isunya bukan rusuhan antara kaum tetapi ianya berlaku berkaitan dengan sesuatu kaum di Malaysia maka Waytha Moorthy sebagai menteri perpaduan adalah orang pertama perlu dipersalahan
Rusuhan kali ke 2 malam tadi di kuil Sealfied menyebabkan anggota bomba cedera parah dipukul perusuh menunjukan Waytha Moorthy sebagai menteri perpaduan gagal memujuk kaum India dengan pihak pemaju melalui rundingan
lebih malang lagi beberapa ahli parlimen dan menteri berbangsa India yang diketuai oleh Waytha Moorthy sebelum ini mengadakan sidang akhbar menyalahkan polis lambat bertindak pada siri rusuhan pertama tidak ambil inisiatif untuk hadir ke tempat kejadian bagi mententeramkan keadaan
Mereka bersikap acuh tak acuh dalam menjaga kepentingan kaum India dan dilihat seperti hanya sekadar melepaskan batuk ditangga tetapi dalam soal populariti mereka mahu diangkat pejuang oleh kaum India
Tidak ada seorang pun dari 5 dari ahli parlimen dan menteri India ini di rakam gambarnya masuk ke pejabat pemaju untuk mengadakan sebarang rundingan
No comments:
Post a Comment