Wednesday 28 November 2018

Kerajaan wajar wartakan restoren mamak juga sebagai rumah ibadat


Di Malaysia rumah ibadat banyak ,campur tolak bahagi tidak kurang dari 530 ribu keseluruhannya untuk 32 juta penduduk yang terdiri dari pelbagai anutan agama seperti masjid, kuil, gereja, tokong malangnya tidak imarahkan seperti yang sepatutnya.

Sudah diketahui semua ajaran agama membawa kepada kedamaian tetapi kenyataannya bukan sedikit jumlahnya penganut Islam tak paham Islam, penganut Hindu tak paham hindu, penganut kristrian tak paham kristian.

Masjid kosong, kuil kosong, gereja kosong tetapi kedai mamak sentiasa penuh

Bila bab nak pertahankan rumah ibadat masing-masing untuk laluan pembangunan semua nak jadi hero tak kira Melayu,Cina atau India.

Yang nyata nya rakyat lebih suka melepak kedai mamak 24 jam makan duduk dan bersembang  daripada mengunjungi rumah ibadat.

Rakyat Malaysia lebih arif tentang teh tarik, tosey, roti prata, capati daripada kitab suci masing-masing.


Pengarah Institut Pengajian Etnik (Kita) berkata apabila rakyat Malaysia bercakap mengenai hubungan antara etnik di negara ini, perkara yang mereka terfikir di minda ialah perasaan tidak percaya di kalangan orang Melayu, Cina dan India.

Tetapi selepas semua cakap-cakap itu, mereka bertemu di tempat yang sama, iaitu di kedai mamak .

“Di situ ada siaran lansung bolasepak,wifi, makanan dan identiti yang biasa kepada semua orang. Di tengah-tengah wujudnya rasa tidak percaya menimbulkan ketegangan kepada hubungan antara kaum, rakyat lupa untuk meraikan sesuatu yang mereka cipta – kedai mamak.

Justeru itu dicadangkan restoren mamak diwartakan juga sebagai rumah ibadat

No comments:

Post a Comment