Pelantikan jawatan utama kepemimpinan PKR yang diumumkan presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim , dilihat sebagai tidak mencerminkan prinsip perwakilan yang adil dan saksama (fair and just representation) terhadap aspirasi ahlinya.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam satu kenyataan, berkata lantikan itu juga tidak akan membantu parti untuk bergerak ke hadapan.
Justeru, pemimpin nombor dua parti itu menggesa Anwar untuk meneliti semula perlantikan jawatan utama kepemimpinan PKR.
Azmin berkata, pelantikan yang dibuat selepas pemilihan parti yang sengit perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam semangat musyawarah dan saling hormat-menghormati demi mengembalikan perjuangan parti ke landasan yang sebenar.
“Beberapa individu yang dinamakan juga terbabit secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus dan menyebabkan punca perpecahan dalam parti.
Ke empat-empat mereka ini tidak tersenarai dalam 20 AMPP PKR yang menang dalam pemilihan 2018
1. Amirudin Shari
2. Datuk Mohd Rashid Hasnon
3. R. Sivarasa
4. Rahimah Majid
5. Abdullah Sani Abdul Hamid
6. Elizabeth Wong
7. Datuk Saifuddin Abdullah
8. Datuk Zakaria Abdul Hamid
9. Mohd Radzlan Jalaludin
10. Datuk Dr Mansor Othman
11. Datuk Kamarudin Jaafar
12. Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien
13. Nik Nazmi Nik Ahmad
14. Azmizam Zaman Huri
15. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah
16. Gan Pei Nei
17. Zaliha Mustafa
18. R. Santhara Kumar
19. Hee Loy Sian
20. Abdul Halim Hussain
Jika dilihat perlembagaan PKR
Fasal 21.14
Jika berlaku kekosongan dalam jawatan Naib Presiden yg dipilih menurut Fasal 21.4 maka Majlis Pimpinan Pusat bolehlah melantik mana-mana Ahli Majlis Pimpinan Pusat untuk memenuhi kekosongan itu
Fasal 21.4
Presiden ,timbalan Presiden ,empat ( 4 ) Naib-naib Presiden dan dua puluh ( 20 ) Ahli Majlis Pimpinan Pusat hendaklah dipilih oleh anggota Parti melalui pemilihan
Penulis pun berasa hairan kenapa mereka dikalangan AMPP ini tidak dipilih? mereka seolah-olah disimpan sebagai tukun tiruan dilautan, tenggelam ke dasar laut dan tak timbul-timbul .
No comments:
Post a Comment