Wednesday 9 January 2019

PRK Cameron : Ramli calon Orang Asli muslim beri kelebihan pada BN


Spekulasi bertiup kencang bahawa BN mungkin mempertaruhkan tugas menawan kerusi Cameron Highlands pada pilihan raya kecil 26 Januari nanti ke atas bekas penolong pesuruhjaya polis 
Ramli Mohd Noor adalah pegawai polis Orang Asli paling tinggi dalam sejarah negara.

Ramli adalah penduduk tempatan dari suku Semai, yang membentuk sebahagian besar daripada 22 peratus pengundi Orang Asli di kerusi parlimen itu.


Beliau memulakan kerjayanya sebagai inspektor percubaan sebelum dinaikkan pangkat demi pangkat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Jenayah Komersial Pulau Pinang.

Ramli memiliki Sarjana Pentadbiran Awam dari University of East London.

Dalam temu bual dengan NST pada tahun 2015, Ramli mendedahkan bahawa beliau adalah pegawai polis generasi kedua dan anaknya juga seorang anggota polis.

Bapanya, Mohd Nor Abdullah, adalah anggota pengasas Senoi Praaq, pasukan polis hutan yang kini sebahagian daripada Pasukan Operasi Am.

Masyarakat Orang Asli mewakili 20 peratus daripada keseluruhan pengundi di Cameron Highlands. Sementara orang Melayu mewakili 34 peratus.

Rahim seorang anak orang asli sudah tentu senang untuk meraih 20 peratus orang asli sebagai muslim sudah tentu menjadi kelebihan bagi dirinya untuk dipilih oleh orang Melayu. 

Tambahan pula baru-baru ini isu rusuhan di kuil di Seafield yang menyebabkan kematian Muhammad Adib anggota bomba dan penyelamat sudah tentu memberi kelebihan pada Ramli untuk dipilih oleh orang Melayu

Sementara itu Manogaran dari DAP dikatakan akan menjadi calon PH adalah pilihan kurang bijak kerana beliau bertanding di kawasan orang Melayu yang masih lagi belum reda dengan isu kematian Muhammad Adib

Penamaan calon bagi PRK Cameron Highlands akan diadakan 12 Jan ini. Sementara BN dijangka mengumumkan calon mereka pagi esok.

No comments:

Post a Comment