Friday 18 January 2019

Mengundi Ramli kerana sentimen agama dan bangsa adalah tuduhan liar Mujahid



LIPIS 17 Jan , Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof berkata, Orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini akan terus mundur jika isu agama serta bangsa menjadi sentimen dan salah satu agenda perjuangan mereka.


Sehubungan itu katanya, orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini tidak sepatutnya takut dengan DAP jika parti itu menang dalam pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands

“Jika BN menang itu isyarat tidak baik kerana isu yang dimainkan oleh mereka masih isu agama, mereka akan kata habislah orang Islam jika DAP menang.

Penulis berpendapat ini adalah tuduhan liar Mujahid terhadap calon BN kerana calon yang diketengahkan oleh BN kali ini merupakan wakil orang asli ( pribumi ) dia bukan bangsa Melayu dan juga bukan dari UMNO atau PAS yang perjuangan partinya berlandaskan kepada agama Islam.

BN sudahpun tewas empat PRK sebelumnya kini telah memilih calon tempatan yang tidak berkaitan dengan UMNO dan PAS 

Adakah kerana Ramli Mohd Nor beragama Islam maka Mujahid boleh berkata orang Islam akan mengundinya kerana agamanya ? .Jadi siapa sebenarnya yang berlebih - lebih memainkan isu agama dan bangsa?

Pada PRU14,  C. Sivaraj calon India beragama Hindu menang di Cameron Highlands adakah kemenangan ini juga kerana Melayu mengundi kerana sentimen agama dan bangsa?

Ada juga kemungkinan Ramli dipilih sebagai calon BN berdasarkan faktor yang diterima semua pihak selain mendapat kepercayaan daripada penduduk tempatan serta latar belakangnya yang baik dan kuat.

Tidak kah Mujahid terfikir bahawa pengundi akan tertarik kepada latarbelakang Ramli yang agak menarik berbanding dengan pesaingnya?

Asisten Komisioner Polis Bersara (ACP Bersara) Ramli Bin Dato’ Mohd Nor dilahirkan pada 01hb Oktober tahun 1958 di Penempatan Orang Asli Batu 12, Jalan Pahang, Gombak, Selangor.

Ayahanda beliau berketurunan Orang Asli Semenanjung dari suku kaum Semai, Cameron Highland, Pahang manakala bondanya suku kaum Termiar, Gua Musang Kelantan. Beliau merupakan Pegawai Kanan Polis berketurunan Orang Asli Semenanjung yang menyandang pangkat tertinggi dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia buat ketika ini. Beliau telah bersara wajib daripada perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia pada tarikh 01 Oktober 2018.

Atas mengenang jasa-jasa beliau kepada bangsa, Negara dan agama semasa berkhidmat dalam PDRM, DYMM Sultan Pahang telah menganugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada beliau yang membawa gelaran Dato’ selepas beliau bersara.

Dari sudut aktiviti kemasyarakatan, beliau merupakan seorang penggerak dakwah Islamiah di kalangan masyarat Orang Asli Cameron Highlands dan beliau sendiri telah membawa lebih 20 Orang Asli untuk memeluk agama Islam. Beliau merupakan pengasas pergerakan Umno di kalangan masyarakat Orang Asli Cameron Highlands selepas beliau bersara dari PDRM.

Kelulusan Akademik

1. Candidate PhD in Business (IUMW)
International University Malaya-Wales

2. Master in Public Administration (OUM) with Distinction
Open University Malaysia (Chancellor Award)

3. Bachelor of Arts in Business Studies (Hons) (First Class)
University of East London U.K. (UEL)

4. Diploma in Police Science (UKM)
National University of Malaysia

5. Diploma in Public Administration (ITM)
Mara Institute of Technology Malaysia

6. Certificate in Criminal Justice Education, University of Virginia VA. USA

7. Federal Bureau of Investigation (FBI) National Academy
Graduate 244th Session, Quantico, Virginia USA

Anugerah Dan Pingat

1.“Pingat Peringatan Jasa Pahlawan Negara’ (PJPN) 2018
Awarded by Ketua Polis Negara

2.‘Bintang Panglima Pasukan Polis’ (Pg.PP) 2017
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong
Malaysia

3.‘Bintang Kesatria Mangku Negara’ (KMN) 2016
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong
Malaysia

4. ‘Pingat Pekerti Terpilih’ (PPT), NS 2008
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Besar
Negeri Sembilan

5. ‘Pingat Ahli Mangku Negara’ (AMN) 2007
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong
Malaysia

6. ‘Bintang Pahlawan Pasukan Polis’ (PPP) 2005
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong
Malaysia

2 comments:

  1. Misi utama PRU 14 adalah untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrat, yang mana kita telah pun berjaya. Maka itu, untuk PRK, MP yang patut di pilih adalah calun yang terbaik bagi sesuatu kawasan itu berdasarkan kaliber tersendiri

    ReplyDelete