Sunday 27 January 2019

Tun Mahathir dan Azmin nampak semakin mesra


KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan berkhidmat sehingga ke akhir hayatnya.

Perkara itu dinyatakan menerusi akaun Twitter rasminya, yang antara lain menyatakan rasa syukur dengan perkhidmatan Tun Mahathir.

Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR turut menyampaikan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana meyakinkan beliau bahawa Tun Mahathir merupakan pilihan terbaik untuk memimpin negara ini 

Dr Mahathir Mohamad pula pada 13 Januari 2018 lalu berkata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkebolehan menjadi perdana menteri tapi tidak dipilih.

“Sudah tentu dia (Azmin) berkebolehan, tapi dia tidak dipilih.

“Berkebolehan saja tidak cukup tapi anda juga perlu dipilih.

“Saya tidak pasti jika saya berkebolehan tapi mereka pilih saya,” kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menghadiri forum Bicara Wawasan 2020 di Cyberjaya hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya alasan beliau dipilih sebagai calon perdana menteri HARAPAN dan bukannya Azmin.

Penulis dapat merasakan mereka semakin serasi dalam menerajui pemerintahan walaupun berlainan parti dalam gabungan PH , mereka saling memuji antara satu sama lain 

No comments:

Post a Comment