Monday 28 January 2019

Kenaikan tarif air seharusnya seiringan dengan pemansuhan tol Plus



KADAR tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar berkata, kenaikan tarif sumber asli itu perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri berkenaan daripada sudut perkhidmatan.



Sementara itu pakar air, Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman, berpendapat langkah untuk menaikkan tarif air disifatkan tidak sesuai dan hanya akan membebankan pengguna.

“Saya tidak menyokong usaha ini kerana keadaan ekonomi negara tidak mengizinkan. Kerajaan perlu menangguhkannya sehingga keadaan benar-benar mengizinkan.


“Buat masa ini apa yang kerajaan perlu lakukan ialah mendidik pengguna supaya menggunakan air secara berhemah bagi mengelak pembaziran kerana jika tarif air dinaikkan, tetapi tiada kesedaran dalam penggunaan air, ia tidak membawa sebarang perubahan,” katanya

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai pula berkata kenaikan kadar tarif air tidak boleh sehingga membebankan pengguna kerana purata isi rumah terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

“Jika langkah menaikkan kadar tarif air terpaksa dilakukan, satu mekanisme harus dirangka supaya kenaikan itu tidak membebankan pengguna.

Pada pandangan penulis cadangan untuk menaikkan kadar tarif air secara berperingkat tahun ini wajar dikaji semula berdasarkan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil sehingga memberi kesan kepada rakyat.

Jika ianya ingin dilaksanakan maka ianya haruslah seiringan dengan pemansuhan tol PLUS untuk memberi timbal balik ke atas kos sara hidup rakyat.


Lim Guan Eng pernah menyatakan, kutipan tol di Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) sepatutnya dimansuhkan dan bukannya dinaikkan lagi. The Malay Mail Online melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa PLUS sudahpun memperoleh semula kos pembinaan dan semua perbelanjaan yang terlibat dahulu, yang mencecah RM5.9 bilion.

Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Kerja Raya ketika itu Datuk Fadillah Yusof yang memaklumkan jumlah keseluruhan yang telah dikutip oleh PLUS setakat tahun 2015 ialah RM36.39 bilion. “Ini ditambah pula dengan pampasan yang dibayar oleh kerajaan kepada PLUS akibat penangguhan kenaikan tol sehingga 2015 ialah RM917.1 juta,” tambah beliau.

“Dalam maksud lain, jumlah RM36.39 bilion yang telah dikutip daripada pengguna itu adalah enam kali ganda daripada kos asal,” merujuk kepada kenyataannya yang dikeluarkan hari itu. Lim juga menambah, kos pengambilan tanah ketika itu ditanggung oleh kerajaan persekutuan.

“Jika kita mengambil kira kos penyelenggaraan serta pelebaran jalan, kos berkenaan tidak akan melebihi jumlah RM36.39 bilion yang dikutipd daripada pengguna,” ujarnya. Untuk itu, menurut Lim, kutipan tol PLUS sepatutnya dimansuhkan.



Memandangkan PLUS sudah meraih pendapatan melebihi daripada perbelanjaan modalnya, kenapa kadar tol tidak diturunkan untuk mencerminkan hanya kepada kadar kos penyelenggaraan sahaja?” tanya beliau.


Mansuh  tol PLUS adalah manifesto PH tetapi tidak dilaksanakan kenapa?

Janji ke-6 dalam manifesto PH menyatakan gabungan itu akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.




Pakatan Harapan (PH) boleh mengurangkan kadar tol sedia ada, jika tidak mampu menunaikan janji memansuhkan tol dalam manifesto mereka.


Kenaikan tarif air tidak ada dalam manifesto PH tetapi pemansuhan tol Plus ada lagipun belum dengar lagi Syarikat pengurusan di setiap negeri rugi berbillion pun tetapi kita diberitahu PLUS dah perolehi hampir 6 ke 7 kali ganda kutipan berbanding dengan kos pembinaan lebuhraya PLUS

No comments:

Post a Comment