Wednesday 20 February 2019

PRK Semenyih : Aiman layak diundi kerana lebih kisah keluahan rakyat berbanding menteri.



SEMENYIH – Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali berhasrat membangunkan sebuah hospital untuk kegunaan penduduk di kawasan ini.

Menurutnya, langkah itu perlu memandangkan Hospital Kajang yang digunakan oleh penduduk di kawasan Kajang dan Semenyih tidak lagi mampu menampung bilangan pesakit yang semakin ramai.

“Hospital Kajang penuh, saya pun memang duduk di Semenyih bila kita tengok di kawasan Beranang, Bandar Tasik Kesuma, Taman Pelangi Semenyih besar, ada 54,000 pengundi, kita cuma ada klinik kesihatan tak cukup menampung keperluan penduduk di sini.

“Jikalau pengundi memilih dan kita menang itu akan jadi keutamaan kami,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan walkabout di medan selera Pertubuhan Peladang Kawasan Beranang di sini hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Aiman tidak menjadikan perkara itu sebagai janji dalam manifestonya yang akan diumumkan nanti, sebaliknya ia adalah satu perancangan masa hadapan.

Katanya, keputusan itu akan dibuat oleh pihak atasan dan perkara tersebut akan dibawa untuk diketengahkan


Sementara itu Dzulkefly Ahmad belum melihat sebarang keperluan bagi pembinaan hospital di Semenyih, Selangor dan tiada sebarang perbincangan dilakukan untuk menyediakan kemudahan hospital di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, cadangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN), Semenyih Muhammad Aiman Zainali supaya sebuah hospital dibina di kawasan itu perlu lebih munasabah.


"Sesiapa sahaja boleh buat janji tetapi kami mengharapkan janji-janji itu lebih munasabah. Membina hospital bukan seperti membina mana-mana premis. Kementerian perlu mengambil perhatian dari segi keperluan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan," katanya.

Pada pandangan penulis Dzulkefly Ahmad patut mengulas cadangan Aiman dengan lebih berhemah lagi, beliau tidak patut mencantas usaha hasrat Aiman secara semborono kerana keluhan ini datang dari rakyat setempat iaitu pengundi Semenyih.

Kemungkinan apa yang diulas oleh Dzulkefly itu betul mengikut syarat - syarat yang ditetapkan oleh KKM tetapi dalam berpolitik , keluhan rakyat tetap keluhan rakyat, beliau harus berhati-hati mengeluarkan kenyataan supaya tidak menguris hati pengundi di Semenyih. Siapa Dzulkefly sebelum PRU 14 ? sudah tentu undi rakyatlah yang menempatkan beliau selaku menteri kesihatan. 

Beliau sepatutnya beri kenyataan yang mesra rakyat seperti akan dibincangkan atau mengkaji keperluannya pada masa akan datang . 

Perilaku Dzulkefly ini agak menjejaskan reputasi PH dan nampak gagal berkomunikasi dengan baik dengan rakyat tetapi dalam soal ini Aiman nampak lebih juara di Semenyih berbanding dengan pesaingnya.

5 comments:

  1. Dia tu menteri bingai, teramat-amatlah sangat bingainya!!!

    ReplyDelete
  2. apa punya menteri la..x blh berfikir utk prk ke.. bukan membantu calon. .tapi membuntu kan lagi

    ReplyDelete
  3. Betul. Tun kata jgn susahkan rakyat.. Dia ni pi hambat rakyat

    ReplyDelete
  4. ....menteri ni sangat berhemah bila berjanji...dia tidak mahu rakyat terasa akan dikencingkan lagi oleh PH...sbb hancing dari manifesto PRU 14 tu masih terasa lagi hancingnya....

    ReplyDelete