Saturday 23 February 2019

Jika undi tak percaya itu karut tak bermakna sokongan PAS pada Tun M itu dusta


Minggu lepas ada khabar angin dikatakan wujud usaha melakukan undi tidak percaya oleh ahli Parlimen terhadap Dr Mahathir.

Khabar angin ini diperkuatkan lagi dengan pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Dr Mahathir. Dalam pertemuan tersebut, PAS menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan perdana menteri.

Maknanya khabar angin itu memungkin ada usaha dalam kalangan kumpulan pro-Anwar dalam PH berusaha mahu memastikan Presiden PKR itu menggantikan Mahathir secepat mungkin.
Sejauh mana kebenarannya? Wan Azizah menyifatkan wujud undi tidak percaya kalangan Pakatan Harapan (PH) terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai fitnah semata-mata.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan seumpama itu yang didakwanya sengaja 'diada-adakan' mempunyai tujuan untuk memecah belahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu Mahfuz Omar mendakwa pemimpin PAS memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas alasan kononnya terdapat parti komponen Pakatan Harapan (PH) mahu menggulingkan Perdana Menteri, disifatkan sebagai ‘lawak jenaka’.

Anwar Ibrahim pula berkata bahawa spekulasi untuk menjatuhkan Mahathir hanya percubaan PAS untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan (PH).

"Sebab mereka gagal teruk (dalam pilihan raya) dan mereka menyokong rasuah atas nama Islam, satu-satunya pilihan adalah untuk memecahbelahkan," katanya.

Pemimpin kanan DAP tidak mengulas apa - apa tentang isu undi tak percaya cuma pemimpin bawahannya  Boo Cheng Hau sahaja yang mendesak Tun Mahathir meletak jawatan atas sebab memperlekeh manifesto Pakatan Harapan (PH) pilihan raya umum ke-14 .


Dari penafian - penafian pemimpin PH ini mungkin kita boleh andaikan cubaan menguling Tun M itu karut kerana tiada bukti kukuh yang boleh dijadikan sandaran untuk menyokong perkara ini.

Persoalannya adakah jika undi tak percaya  itu karut bermakna sokongan PAS pada Tun Mahathir itu bohong?

Tiada bukti yang sahih untuk dijadikan sandaran untuk menyatakan sokongan PAS pada Tun Mahathir itu dusta

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri berkata, sokongan PAS terhadap kepemimpinan beliau hanya dapat disahkan jika mereka mengundinya apabila undi tidak percaya itu benar-benar berlaku.

“Saya tunggu kalau benar PAS akan menyokong saya atau tidak apabila berlaku undi tidak percaya itu,” katanya kepada media selepas lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan di sini, Khamis  21 Februari 2019 .


Pada pendapat penulis sama ada PAS bohong atau tidak adalah perkara nombor dua , perkara utamanya PAS dah menyatakan sokongannya. 

Pemimpin mana di dunia ini yang menolak sokongan? setahu penulis , kerja wajib para pemimpin adalah meraih sokongan tak kira dari sesiapa pun asalkan yang menyokong itu ikhlas pasti sokongan itu diterima dengan rela hati

Jika dilihat  sokongan PAS terhadap Tun Mahathir telah memberi impak yang amat besar kepada khabar  angin yang dikatakan karut itu. Jika khabar angin itu benar maka PAS bukanlah boleh dijadikan kawan untuk menjayakan komplot . 

No comments:

Post a Comment