Monday 25 February 2019

Tabung Haji: Kurangkan bonus kekalkan subsidi kata pakar


Shah Alam - Tabung Haji ( TH ) boleh diselamatkan dengan pengurangan hibah atau bonus kepada pendeposit yang jumlahnya berbillion ringgit berbanding subsidi yang lebih rendah iaitu sekitar RM 306 juta.

Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School Universiti  Putra Malaysia ( UPM ) , Prof. Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, melalui kaedah ini TH dapat menampung subsidi jemaah haji dan pengiring.

Meskipun Tabung Haji kemungkinan berdepan dengan risiko pendeposit membuat pengeluaran besar-besaran kerana pulangan yang sedikit namun rakyat perlu sedar tujuan sebenar TH.

"TH perlu jana keuntungan setiap tahun untuk penuhi tiga cabaran iaitu kos operasi, tampung subsidi dan memberi hibah. Tapi saya fikir hibah itu tinggi jadi kalau dapat kurangkan sedikit, TH akan dapat tampung kos subsidi.

"Secara tidak lansung subsidi boleh dikekalkankepada jemaah dan pengiring cuma risikonya apabila hibah dikurangkan, pendeposit akan menarik keluar pelaburan sebab majoriti simpan nak dapat pulangan.

"Pendeposit perlu paham, mereka letak duit di TH itu bukan untuk mendapat pulangan tapi untuk pergi haji. Maknanya tak apalah hibah intu tak dapat janji yang nak pergi haji dapat pergi dengan harga yang rendah," katanya kepada Sinar Harian

Mengulas pandangan Prof. Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff , penulis berpendapat cadangan yang diutarakan itu adalah yang paling wajar diambil perhatian oleh pihak pentadbiran Tabung Haji kerana ianya merupakan matlamat  asal penubuhan Tabung Haji yang mahukan tabungan pendeposit bebas dari unsur riba bukan dan mendapat keuntungan dari hibah itu bukan matlamat utama.

Jika Tabung Haji mendapat keuntungan dari pelaburan maka memberi deposit haji adalah perkara pertama yang wajar difikirkan daripada memberi hibah yang tinggi.

Dilihat pada sudut lain pemberian bonus tinggi setiap tahun adalah langkah yang tidak bijak sekiranya pada masa itu TH mengalami kerugian dalam pelaburan , pemberian bonus yang dibuat hanya semata-mata untuk menarik pelabur baru adalah satu usaha untuk menutup salahlaku dan rasuah yang wujud dalam pentadbiran TH terdahulu.

Penyata Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit telah menunjukkan bahawa rizab terkumpul Tabung Haji telah pun negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta. Ini bermakna, jika semua pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 bilion, semua aset-aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan tersebut dan kekurangan dana sebanyak RM351 juta.

4 comments:

  1. Kenapa mewajarkan pemberian subsidi untuk mengerjakan haji? Jika jemaah perlu kepada subsidi, tanpa subsidi tidak boleh pergi haji, maka itu bermaksud jemaah tersebut dalam kategori tidak mampu untuk menunaikan rukun islam yang kelima itu. Mengapa pula hak penyimpan untuk menikmati dividen dinafikan hanya untuk memberi subsidi kepada jemaah yang tersenarai untuk pergi haji?

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn pandangan Anon 4.17. Salah satu syarat mengerjakan haji ialah KEMAMPUAN dari sudut kewangan, fizikal dan mental. Kalau tak mampu, jgn anaya orang yg mampu.

    ReplyDelete
  3. ...adakah bakal haji yg berpendapatan bulanan RM 5,000.00 keatas patut diberi subsidi haji...pergi buat haji tu bagi yg mampu sahaja...tak cukup wang, boleh tangguh dulu hingga cukup...

    ReplyDelete
  4. 90% depositors utk pelaburan kerana persepsi zakat free. Jika mereka semua keluar itu apa yg TH nak labur. SEKARANG pun kena
    Bagi rm400 juta dari keuntungan.
    So tarik balik subsidi mcm.. tol minyak dll

    ReplyDelete