Sunday 3 March 2019

PRK Semenyih : Di mana survival Bersatu?


Bersatu gagal mempertahankan kerusi Dun Semenyih apabila calonnya Mohammad Aiman Zainali yang memperoleh 17,866 undi berbanding Zakaria Hanafi calon BN ( umno ) menang selepas meraih 19,780 undi.

Persoalannya di manakah suvival Bersatu jika bukan dari sokongan orang melayu?

Bersatu adalah parti baru yang cuba meraih undi golongan atas pagar,rakan-rakan PH, ahli-ahli PAS dan ahli-ahli Umno sepatut lebih berhati2 untuk tidak menolak sebarang sokongan dari parti melayu diluar PH.

Kesilapan besar ialah kenyataan Tun Mahathir 5 hari sebelum PRK Semenyih iaitu -' Saya tak perlu sokongan PAS'

Bersatu sebenarnya jika diterjemahkan secara teliti telah kehilangan 6000k pengundi PAS akibat kenyataan Tun M tempohari

Persoalannya skandal 90 juta itu perkara lain tetapi setiap sokongan dari parti melayu lain perlu diterjemahkan dalam bentuk penerimaan berhemah bukan bentuk penolakan.

Semasa PRU14 , PAS dan Umno juga bertanding melawan Bersatu di mana wujudnya pertandingan 3 penjuru .

Pada PRU14 , Bersatu hanya menang 13 kerusi tetapi jika PAS dan Umno bergabung meletakan hanya satu calon mungkin Bersatu hanya menang 5 kerusi sahaja.

Bersatu perlukan undi melayu dan undi melayu itu sebahagian besarnya datang dari ahli PAS dan Umno.

Bersatu kena terima hakikat bahawanya telah gagal meraih undi melayu berbanding pesaingnya PAS dan Umno.

Sebuah parti kerdil tidak sepatutnya menampakan kesombongannya terhadap parti PAS yang sudah lama bertapak dihati orang melayu.

Sekiranya wujud kesefahaman antara PAS dan Bersatu tentang sokongan itu nescaya pada PRK akan datang Bersatu boleh menang dengan bergaya di kubu kuat Umno contohnya Putrajaya, Pekan dan Bagan Datuk.

No comments:

Post a Comment