Wednesday 27 March 2019

Nurul Izzah silap : Tun Mahathir seorang demokrat tetapi papanya seorang diktator


Nurul Izzah Anwar dalam temu bual beliau dengan akhbar Straits Times Singapura yang menyaksikan ahli Parlimen Permatang Pauh itu menggelar pengerusi parti tersebut dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas diktator.

Dalam temu bualnya dengan Straits Times, Nurul Izzah menyifatkan tahun lepas sebagai “bergelora dan berkecamuk”, beliau berkata, tidak mudah untuk bekerja dengan Dr Mahathir.

“Maksud saya bekerja dengan bekas seorang diktator yang menjadi punca begitu banyak kerosakan, bukan sahaja kehidupan kami, tetapi juga sistem. Tidak mudah,” beliau dilaporkan berkata.

Penulis berpandapat Nurul Izzah telah tersilap mengelar Tun Mahathir seorang bekas diktator wal hal Tun Mahathir seorang demokrat .

Sepanjang penglibatan Tun Mahathir dalam arena politik sehinggalah beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2003 beliau dikenali sebagai seorang demokrat yang tegas.

Seperti yang dikomen oleh Haji Awang baru-baru ini 

“Saya nak komen tentang kenyataan yang katakan Tun Mahathir diktator, itu bukan diktator, itu tegas kerana beliau dipilih secara demokratik dalam pilihan raya dan PH yang pilih beliau sebagai Perdana Menteri, bukan beliau lantik diri sendiri.

Jika Dr Mahathir masih seorang diktator, beliau akan melantik kesemua anggota Kabinet daripada kalangan pemimpin PPBM .Seorang diktator merupakan satu-satunya suara yang ada.

Tetapi berlainan dengan papanya Anwar Ibrahim , beliau bukanlah seorang pemimpin yang ada ciri - ciri pemimpin demokrat kerana baru - baru ini telah melantik semula calon PKR yang kalah Pemilihan Agung PKR menjawat jawatan kanan dalam parti. Perilaku Anwar Ibrahim ini terus terang telah membelakangi amalan demokrasi dan telah menggunakan kuasanya sebagai presiden melantik jawatan kanan dalam parti sesuka hati beliau. 

Tidak ada gunanya ada pemilihan parti jika keputusan melantik jawatan kanan parti dibuat oleh Presiden Parti ,tambahan pula yang calon kalah pula dilantik. 

Ciri - ciri ini adalah ciri seorang diktator , adakah Nurul Izzah terlepas pandang tentang perkara ini?

No comments:

Post a Comment