Wednesday 27 March 2019

Asyik pantau telor bila lagi Saifuddin nak turunkan harga gas masak dan tarif elektrik?


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menggesa Gas Malaysia Bhd dan Tenaga Nasional Bhd untuk mengurangkan kadar tarif masing-masing.

Presiden MARGMA, Denis Low Jau Foo, berkata persatuan mengharapkan penurunan ‘besar’ harga gas asli berikutan penurunan ketara harga gas asli cecair (LNG) dan arang batu.

Beliau dengan itu meminta dua syarikat berkenaan untuk mengkaji faktor kos semasa dan menyemak semula tarif mereka supaya selari dengan harga LNG dan arang batu antarabangsa.

Jau Foo berkata, pembuat sarung tangan getah tempatan mendapati amat mencabar dalam mendepani kenaikan kos berikutan gaji lebih tinggi, kenaikan harga gas asli dan tarif elektrik ‘tidak begitu kondusif’ bagi perniagaan dan persekitaran perniagaan global yang amat kompetitif.

MARGMA juga meminta Suruhanjaya Tenaga membantu dalam menyederhanakan kos tenaga untuk menjadikan industri sarung tangan getah Malaysia lebih kompetitif khususnya dalam menghadapi persaingan sengit daripada firma asing.

Ini, katanya adalah untuk memastikan Malaysia terus menjadi peneraju global dalam membekalkan sarung tangan untuk pemeriksaan perubatan dan pembedahan kepada dunia.

Beliau berkata penanda aras niaga hadapan syarikat LNG Jepun/Korea telah turun 60 peratus kepada AS$4.62 satu juta unit thermal British (MMBtu) daripada AS$11.81 MMBtu pada September 2018.

Sementara itu, harga arang batu turun 25 peratus kepada AS$88.25 satu tan daripada AS$118 satu tan pada Julai tahun lalu.

-BERNAMA


Pandangan penulis menteri KPDNKK  Saifuddin Nasution Ismail seharusnya lebih fokus pada isu penurunan harga LNG ini kerana ianya melibatkan kos sara hidup rakyat, beliau seharusnya ke depan dalam soal memakmurkan rakyat  memberi yang harga barang kawalan terbaik kepada kepada rakyat.

Beliau tidak seharusnya hanya memantau harga telur tanpa memberi penumpuan terhadap perkara  - perkara lain yang boleh menurunkan kos sara hidup rakyat. 


Imbas kembali artikel pada 2018 Harga LNG kompetitif 2019 terdapat satu jangkaan LNG akan turun pada 2019 tetapi malangnya Saifuddin tidak mengeluarkan apa - apa kenyataan akhbar sebelum ini mengenai jangkaaan penurunan ini.

No comments:

Post a Comment