Sunday 9 June 2019

Dana politik : Ketelusan itu wajar


Pada 29 Januari 2019 yang lalu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan penggubalan Akta Pembiayaan Politik (Political Funding Act) merupakan salah satu keutamaan dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Plan, NACP).

Kerajaan mungkin mengambil masa hingga dua tahun untuk menggubal undang-undang itu. “Boleh jadi juga enam bulan hingga satu tahun, bergantung sejauh mana kita dapat buat engagement dengan semua pihak. Kita tak mahu buat tergesa-gesa kerana undang-undang ini cukup penting,” kata Ketua Pengarah Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Isu penggubalan satu undang-undang khas mengenai pembiayaan politik telah lama diperkatakan dan ramai berpendapat undang-undang itu mampu membanteras amalan rasuah dalam kalangan parti politik.

Tanpa mendedahkan kandungan draf undang-undang yang akan digubal itu, Abu Kassim menegaskan bahawa elemen penting dalam undang-undang itu nanti adalah ketelusan.

Menggubal undang-undang bukannya mudah banyak perkara yang perlu dipertimbangkan ianya perlu masa yang panjang tetapi dalam masa yang sama dana - dana politik tetap akan berlegar mencari penerima yang jadi persoalannya ialah untuk memastikan samaada dana itu rasuah atau keperluan.



Dilihat dana politik adalah satu keperluan kerana pilihanraya memerlukan banyak wang ,dana juga untuk survival bukan sahaja parti tetapi pemimpin atau wakil rakyat itu sendiri tetapi jika tidak ada ketelusan maka sudah tentu menimbulkan satu hal lain iaitu rasuah jika pemberi dana meminta balasan.

Memang diakui Pakatan Harapan di bawah pimpinan Tun M jelas sekali amat berhati-hati ketika mahu menerima apa-apa sumbangan dana

Pada Oktober 2019 yang lepas Tun Mahathir telah menolak tawaran sebuah syarikat yang mahu menderma sebanyak RM100 juta kepada Tabung Harapan Malaysia kerana bimbang sumbangan itu mempunyai niat tertentu.



"Jelas sekali yang nak beri tu ada hajat yang lain. Itu kepada tabung, kalau kepada parti? Kita akan balik kepada cara lamalah," kata Tun Mahathir.

Namun selagi Akta Dana politik ini belum siap digubal timbul kegusaran tentang lambakan dana politik dan tidak pasti adakah mereka ahli-ahli politik penerima dana setelus Tun Mahathir? 

SPRM baru-baru ini telah menjalankan operasi yang menahan seramai 30 orang ahli politik berprofil tinggi, 13 orang pengurusan tertinggi kerajaan, 20 ketua pegawai eksekutif (CEO) serta 132 individu daripada kumpulan pengurusan dan profesional dan menyita wang dan harta bernilai RM3 bilion.

Dalam masa yang sama parti-parti politik juga perlukan dana untuk Pemilihan Agung tahunan masing-masing.

Jika dana politik ini datangnya dari mereka yang sedang didakwa ini sudah tentu akan mempengaruhi kes-kes mereka di mahkamah. 

Disarankan supaya parti-parti politik berhati-hati mengambil dana dan jika ianya diambil haruslah ada ketelusannya.  








No comments:

Post a Comment