Friday 15 February 2019

PRK Semenyih : Calon pencen BN tidak sesuai untuk ganti adun yang telah meninggal.


HULU LANGAT 14 Feb. - Barisan Nasional (BN) mencalonkan pemimpin masyarakat, Zakaria Hanafi, 58, sebagai calon mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.




Pada pandangan penulis BN sepatutnya meletak calon yang lebih muda jika mereka merujuk kepada sebab musabab kenapa PRK Semenyih perlu diadakan.

Walaupun umur PM kita 93 tahun bukan bermakna semua pemimpin ada kesihatan yang baik pada umur pencen

Walaupun ajal ditangan Tuhan tetapi perancangan wajar dibuat dalam soal mengganti Adun yang telah meninggal dunia

Sepatutnya calon yang lebih muda sekurang2 mengurangkan risiko PRK Semenyih tidak diulang lagi dalam masa terdekat.

Berbeza dengan pendekatan  Pakatan Harapan (PH) yang mempertaruhkan anak muda yang juga anak jati Semenyih, Muhamad Aiman Zainali sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.


Aiman, 30, bapa kepada seorang anak, kini bertugas sebagai seorang jurutera dan juga Bendahari BERSATU bahagian Hulu Langat.

Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), kini sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang sama.

No comments:

Post a Comment