Wednesday 13 February 2019

PRK Semenyih : Perilaku Umno ibarat yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.


Umno dikatakan sedang giat berkempen memastikan calon mereka menang di Dun Semenyih

Dalam kesibukan berkempen itu , mereka dikejutkan dengan berita 6 bekas MP Umno menyertai Bersatu.


Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Umno di bawah pimpinan Zahid Hamidi yang kembali dari percutian sepatutnya mengatur langkah - langkah drastik untuk mengembalikan keyakinan MP2 nya terlebih dahulu tentang hala tuju parti sebelum mahu bertanding di PRK Semenyih.

Bagaimanalah agaknya nak meraih undi rakyat bila ahli - ahli parlimennya yang ada dalam parti sendiri pun tidak lagi mahu duduk bersama-sama dalam parti.

Justeru itu Umno tidak sepatutnya bertanding di PRK Semenyih ,agak wajar memberi peluang kepada calon PAS atau MCA atau calon yang tidak mewakili mana-mana parti komponen  bertanding sehinggalah kemelut dalaman Umno dapat di atasi.

Bak kata pepatah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran memberi maksud - keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

No comments:

Post a Comment