Friday 8 February 2019

Sahih !!! Marzuki tak tipu kelulusan



Sebelum beliau sertai Bersatu beliau adalah pemilik sebuah syarikat yang mengendalikan perniagaan logistik di  Pelabuhan Pulau Pinang.

Beliau adalah seorang ahli perniagaan Melayu yang boleh dikatakan berjaya dalam bidang logistik sebelum menceburkan diri dalam bidang politik lagi.

Pada 2005 14 tahun yang lepas, beliau ada mengikuti program ijazah dalam pentadbiran perniagaan berkaitan dengan logistik melalui program jarak jauh di Cambridge International University yang berpusat di Amerika Syarikat, dan bukan University of Cambridge di United Kingdom seperti tertera di Wikipedianya.

Penulis tidak pasti siapa yang menulis wikipedia itu kerana maklumat di wikipedia boleh diubah oleh sesiapa sahaja.

Dalam satu kenyataan akhbar beliau berkata keputusan untuk mengambil ijazah itu adalah bertujuan untuk menambah pengetahuan dan untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang logistik. 

Walaupun institusi itu tidak diakreditasi oleh mana-mana agensi akreditasi yang diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat tetapi kemungkinan ilmu pengetahuan itu perlu untuk mengembangkan perniagaannya.

Hasil carian kami mendapati ijazah yang beliau pegang itu adalah asli . Admin tidak dapat memberi gambar sijil kerana bukti kelayakan akademik beliau telah diserahkan kepada polis sebaik sahaja dipanggil untuk disoal siasat.

Biasalahkan , bila ada laporan polis ,segala bukti tidak dibenarkan diperaga sebarangan di media sosial.




Sementara itu Mukhriz berkata sepanjang pengetahuannya Marzuki tidak pernah mengisytiharkan beliau merupakan graduan University of Cambridge dan maklumat berkenaan cuma terpapar di halaman Wikipedianya.

"Dan apa yang diketahui beliau (Marzuki), beliau telah mengikuti pengajian di institusi dalam talian di Amerika Syarikat yang memiliki nama yang sana," jelasnya lagi.

Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir mempertahankan Setiausaha Agung partinya Marzuki Yahya mengenai kelayakan akademiknya.

Beliau berkata timbalan menteri luar itu dipilih menduduki jawatan tersebut bukan kerana kelayakan akademik beliau.

"Saya pasti beliau dipilih sebagai timbalan menteri bukan berdasarkan kelayakan ijazah Camridge University yang dipegangnya," katanya, petik laporan The Star.


Marzuki sebenarnya tidak menipu kelulusannya tetapi beliau telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu bertujuan untuk menjatuhkan karier politiknya.

4 comments:

  1. Alhamdulillah yg benar pasti terbukti benar yg bathil akan pergi.
    Sudah lah cybertrooper umno hentikn lahh kerja yg membazir waktu dn fitnah hukum nya berat dlm islam

    ReplyDelete
  2. Syabas dan tahniah d atas kebenaran dan perlu d ingat allah maha mengetahui akan segalanya .

    ReplyDelete
  3. Ok dia bersih. Degree yg dia dapat itu hal dia dan hak dia. Yang
    Cakap cambridge itu di wiki. Siapa bolih edit di wiki yg dia . Yg percaya kat wiki itu bodoh. Check lah reference.
    Ok a non issue now





    ReplyDelete