PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad malam ini berkata masih tiada ruang untuk presiden PKR, Anwar Ibrahim dalam Kabinetnya pada masa ini.
"Kami tidak mempunyai apa-apa perubahan atau kenaikan jumlah anggota Kabinet," kata pengerusi PPBM kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti di Yayasan Kepemimpinan Perdana.
"Oleh kerana tiada siapa yang menyatakan mereka ingin meletakkan jawatan, kami tidak mempunyai kekosongan," katanya.
"Jika kita mempunyai kekosongan, kita akan mempertimbangkan calon yang sesuai."
Penulis tertanya-tanya kenapa Tun Mahathir menyatakan masih belum ada ruang untuk Anwar menyertai kabinet ?.
Adakah kunjungan kerap Anwar ke pejabat Tun Mahathir tempohari adalah untuk menzahirkan hasrat beliau untuk menganggotai kabinet?.
Tun Mahathir juga berkata ' Oleh kerana tiada yang mahu letak jawatan maka tiada kekosongan '.
Tiada kekosongan bermaksud tiada seorang pun menteri kabinet yang meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar menganggotai kabinet termasuklah menteri kabinet dari PRK.
Terdahulu Dr Wan Azizah berkata beliau hanya akan meletak jawatan sekiranya suaminya dilantik menjadi perdana menteri kelak.
No comments:
Post a Comment