Thursday 29 August 2019

PKR Kapar tidak paham makna 'pariah'


PETALING JAYA: Semalam beberapa ahli PKR Kapar membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana menggunakan perkataan 'pariah' ketika mengulas isu Lynas Corporation.Dalam laporan V Maneyvannan di Balai Polis Sungai Kapar telah membidas perdana menteri menggunakan perkataan itu yang didakwa mengguris hati masyarakat India.

Penulis berpendapat laporan polis ke atas Tun Mahathir bahawa beliau menghina kaum India itu boleh disifatkan sebagai tuduhan yang dangkal, kenyataan Tun Mahathir itu berkisar tentang isu Lynas Corporation dan tidak ada kena mengena dengan kaum India .

PKR Kapar dilihat kurang membaca dan memahami perkataan-perkataan aliran baharu dalam  bahasa Inggeris sehingga penterjemahan dari segi maknanya tersasar amat jauh sekali

Penulis bagi contoh perkataan B.Inggeris yang PKR Kapar patut tahu dan faham sebelum buat laporan polis terhadap Tun M menghina kaum India.

1. Mecca 
Selain Mekah di Arab Saudi sana ianya bermaksud tumpuan atau pusat.

2. Idol 
Selain berhala ianya bermaksud individu yang menjadi pujaan .

3. Religion selain agama maksudnya adalah menjadi ikutan selalu ayatnya 'new religion'  maksudnya trend terbaru.

4. Pariah State.
Negara yang tidak diterima oleh dunia luar ,disekat 

5. Pariah 
Maksudnya outcast ,sampah atau direndahkan taraf.

Tun M kata

 "If we treat Lynas like a pariah and ask them to leave this country, we won’t be able to get other people to come and invest,” 

Pariah maksudnya seperti sampah,outcast


TuduhanTun Mahathir menghina kaum India itu membuktikan PKR Kapar tidak paham makna perkataan 'pariah'.


No comments:

Post a Comment