Wednesday 28 August 2019

Mujahid bersikap double standard - Dr Maza


Dr Maza dalam ceramah terbarunya menyifatkan konsep Rahmatan Lil Alamin yang diketengahkan oleh Mujahid adalah berat sebelah dan tidak adil terhadap orang muslim.

Katanya 'Rahmatan Lil Alamin' hanya keluar dalil apabila membabitkan hak bukan muslim jika mereka (bukan muslim) memaki hamun senyap  tak dengar dah 'Rahmatan Lil Alamin itu.'

Tegas beliau 'kalau orang muslim buat silap sedikit dibesar-besarkan orang lain (bukan muslim) nak halau dia (Mujahid) yang lebih, ini tak boleh ini tak kena minta maaf pun tak diterima tapi kalau kena pada bukan muslim tak dan minta maaf terima dah walaupun apa yang mereka (bukan muslim) buat itu melampau dan tidak ada semangat kenegaraan'.

Dr Maza membidas Mujahid berikutan kenyataan berat sebelahnya dalam isu-isu terbaru yang melibatkan penghinaan pada angkatan tentera,Zakir Naik dan perbuatan menterbalikkan bendera.

Sila lihat keseluruhan ceramah pada pautan.



No comments:

Post a Comment