Sunday 25 August 2019

Siri ceramah Zakir Naik lonjakan baharu sektor pelancongan


MALAYSIA yang kekal di tangga pertama sebagai destinasi pelancongan Islam paling popular dalam pasaran pelancongan muslim global perlu memandang positif ke atas siri ceramah pendakwah kontrovesi terkenal Dr Zakir Naik  sebagai satu lonjakan baharu kepada sektor pelancongan negara.

Kedatangan lebih 70,000 pengunjung membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV di Kelantan untuk mengikut secara dekat perkongsian ilmu oleh pendakwah antarabangsa tersohor, Dr Zakir Naik boleh dilihat sebagai satu lonjakan baharu yang memberi pulangan yang bagus pada ekonomi.

Kejayaan tahun kelapan berturut-turut buat Malaysia sebagai negara yang punyai daya tarikan pengunjung Islam adalah menurut hasil kaji selidik Indeks Pelancongan Muslim Global 2018 oleh Mastercard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2018.

Menurut kaji selidik berkenaan, Malaysia mendapat jumlah skor sebanyak 380.4, berbanding Indonesia di tangga kedua dengan skor 367.4, manakala Arab Saudi di tangga ketiga dengan skor 367.1.

Jumlah skor ini berdasarkan kriteria dalam kemudahan perkhidmatan mesra Islam yang mudah untuk didapati yang merangkumi restoran yang diiktiraf halal, kawasan dan ruang solat, serta lapangan terbang dan hotel yang mesra Islam.

Dalam usaha untuk membangunkan lagi produk dan perkhidmatan pelancongan Islam di Malaysia, kerajaan wajar mengambil kesempatan mempromosi siri ceramah Dr Zakir Naik di luar negara sebagai salah satu agenda tahunan.


No comments:

Post a Comment