Sunday 25 August 2019

PM beri gambaran sistem pendidikan ala Sekolah Wawasan


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran kemungkinan untuk mengetengahkan sistem pendidikan yang membolehkan semua jenis sekolah dalam negara - kebangsaan, Tamil, dan Cina - diletakkan di dalam satu kompleks yang sama bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Dr Mahathir dipetik berkata demikian dalam laporan Malay Mail yang mengulas tentang sistem pendidikan negara yang menurut perdana menteri itu masih menggunakan konsep lama dan perlu diubah.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan terpaksa meneruskan sistem sekolah yang ada hari ini kerana "itu yang dimahukan rakyat".

"Kita ada tiga jenis sekolah, untuk mencapai perpaduan dan integrasi sukar kerana situasi politik berdasarkan keperluan kaum.


"Kerajaan tak dapat mengubah sistem sekolah ini kecuali rakyat mahukan hal itu," katanya dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut mengenai cadangan meletakkan ketiga-tiga jenis sekolah di dalam satu kompleks, Dr Mahathir berkata masing-masing sekolah itu boleh mengekalkan penggunaan bahasa masing-masing Sebagai medium utama namun boleh berkongsi aktiviti sukan kokurikulum tambahan.

Konsep berkenaan serupa dengan Sekolah Wawasan yang diketengahkan Dr Mahathir pada 2000 dan dilaksanakan ketika pertama kali menjadi perdana menteri.

Konsep itu bagaimanapun mendapat bantahan daripada segelintir Anggota masyarakat yang bimbang ia akan meminggirkan hak kumpulan minoriti menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam pendidikan dan memaksa penggunaan satu bahasa untuk semua.


Pada pandangan penulis konsep ini wajar dilaksanakan walaupun mendapat tentangan segelintir masyarakat kerana ianya adalah langkah yang betul untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia di awal usia persekolahan.

Pembentukan sistem persekolahan adalah veribal kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Ini kerana dalam sistem itu bukan saja bangsa Melayu yang akan bersekolah di sekolah berkenaan tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama. Lantaran pertemuan itu, satu wadah pendidikan akan mewujudkan pertembungan budaya dan bangsa. Menurut konsep yang diluluskan itu, sekolah Wawasan merujuk kepada pengelompokan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah rendah jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil dalam satu kawasan yang sama.

No comments:

Post a Comment