Thursday 5 September 2019

Isu setinggan di Paya Jaras : Kerajaan perlu lebih prihatin



SHAH ALAM: Semalam penduduk yang tinggal sepanjang Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir di Sungai Buloh memohon supaya kerajaan menangguhkan perobohan kediaman mereka.Justeru, hampir 100 penduduk terbabit mengadakan perhimpunan aman di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini, bagi membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan rumah mereka.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa bersetuju untuk menangguhkan projek pelebaran Sungai Kedondong di Paya Jaras Hilir dan menunda untuk merobohkan perumahan di kawasan tersebut sehingga 16 September depan.

Mengulas lanjut, Sivarasa berkata, projek pelebaran sungai berkenaan ditangguhkan sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 2005 dan 2007 memandangkan Kerajaan Negeri perlu membayar pampasan terhadap kontraktor dilantik.

“Ia juga satu tekanan kepada Kerajaan Negeri untuk bermula dengan projek pelebaran ini kerana kita memerlukan (pelebaran) untuk membantu menyelesaikan isu banjir yang kerap berlaku di Paya Jaras.

“Penduduk faham mereka tidak boleh duduk di kawasan berhampiran tebing sungai, namun isunya daripada segi perikemanusiaan kerana mereka perlu masa munasabah untuk berpindah dan melakukan persiapan mencari rumah sementara,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sivarasa berkata, semua penduduk terbabit ditawarkan secara bertulis untuk membeli Rumah Selangorku bernilai RM42,000 sebagai pampasan yang dijangka siap pada 2021.

Mereka mendapat pampasan dalam bentuk peluang membeli membeli Rumah Selangorku, malahan tidak perlu menunggu lama kerana mereka diberi keutamaan dan terus dapat memiliki rumah.


Pada padangan penulis agak tidak Prihatin jika kerajaan Selangor hanya memberi peluang beli rumah bernilai 42 ribu sebagai pampasan.

Konflik antara undang-undang tanah dengan keperihatinan pemerintah memakmurkan rakyat sering terjadi apabila ada saja projek pembangunan baharu yang mahu dilaksanakan.

Mereka anak jati Selangor kebanyakan Melayu duduk di situ sejak puluhan tahun, ada yang duduk disitu se awal 1970 an lagi, walaupun kebanyakan tiada geran tetapi sebagai warga anak jati Selangor sepatutnya mereka diberi pampasan yang setimpal bukannya hanya diberi peluang beli rumah.

Kerajaan negeri Selangor seharusnya lebih perihatin dalam soal ini supaya kesusahan anak jati Selangor ini dapat di atasi dengan kaedah lebih bijak lagi.



Apa gunanya rezab berbillion , dinobatkan negeri terkaya di Malaysia tetapi sangat berkira dalam soal memakmurkan rakyat pemberi sedikit pampasan kepada rakyat yang miskin itu adalah amat bertepatan sekali.

Berbeza dengan pendekatan Kerajaan negeri Johor pada 2018 penduduk di empat kampung setinggan menerima kunci rumah bagi penempatan semula di Desa Jaya.

Sebanyak 320 unit disediakan bagi menempatkan penduduk dari Kampung Desa Jaya, Desa Melayu, Hajjah Hasnah dan Belantik.

Secara keseluruhannya, sebanyak 2,720 unit disediakan bagi lapan kampung termasuk Kampung Bakar Batu, Tok Siak, Bunga Raya dan Tengah serta Desa Makmur, bagi memberi laluan pembinaan Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL).

Kerajaan Selangor sepatutnya lebih bertolak ansur untuk memberi pampasan berupa rumah bukannya hanya beri peluang untuk membeli rumah kepada penduduk Paya Jaras Hilir yang terpaksa berpindah untuk memberi laluan ke atas projek pelebaran sungai kedondong.

Tujuan projek itu pada dasarnya untuk menggelakan banjir penduduk setempat tetapi penduduk setempat pula yang terpaksa menerima malapetaka yang lebih hebat lagi pada 90 buah keluarga iaitu kehilangan tempat berteduh.

Bagi penduduk yang telah dianugerahkan geran mereka sewajarnya diberi pampasan yang setimpal.

Mandat yang diberikan oleh penduduk Paya Jaras Hilir ini pada PRU 14 lalu kepada kerajaan Selangor amat besar sekali , adunnya dari PKR, Ahli Parlimennya juga dari PKR malah Menteri besarnya juga dari PKR.

Tidakkah kerajaan Selangor yang dipilih oleh rakyat ini memberi sedikit sebanyak balasan dan rasa terimakasih atas sokongan penduduk ini.?

No comments:

Post a Comment