Monday 30 September 2019

Kongres Maruah Melayu ikut perlembagaan bukan takrifan ahli politik


Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober ini adalah jawapan pihak yang cuba mencabar kedudukan Melayu di negara ini, kata ketua eksekutif sekretariat kongres itu Dr Zainal Kling.

"Kebanyakan persoalan yang muncul itu bukan saja merendahkan Melayu tetapi kita juga dapati mereka mempersoalkan kebumiputeraan orang Melayu, kedudukan raja-raja, merendahkan dan mempersoalkan Islam dan juga isu-isu kebudayaan seperti bahasa kebangsaan.

"Dan ini yang menyebabkan kita menganjurkan ini.

Zainal pada masa yang sama menggesa rakyat Malaysia mengikuti perlembagaan negara, bukannya seperti yang ditakrifkan oleh parti politik.

"Mereka mesti menerima ini sebagai negara Malaysia dengan agama Islam sebagai rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.

"Ini sepatutnya menjadi pegangan warga Malaysia bukan seperti apa yang dicanangkan oleh parti-parti politik tertentu bahawa Malaysia itu begitu begini," tambahnya lagi.


Pada pandangan penulis kongres anjuran bersama Uitm, UM , UPSI, UPM adalah satu kegelisahan yang diutarakan oleh golongan bijak pandai Melayu.

Ahli-ahli politik melayu tidak lagi dalam landasan menjaga kepentingan melayu itu sendiri. Mereka terpesong jauh dari tujuan menjaga kepentingan melayu dan Islam demi survival politik masing-masing.

Di lihat sejak akhir-akhir ini 


1. Ada di antara pemimpin politik melayu sendiri yang mencabar Artikel 153 Perlembagaan Malaysia kerana kemaruk kuasa.


2. Ada juga di antara pemimpin politik melayu yang mempersoalkan hal-hal berkaitan dengan Raja-raja Melayu.

3. Ada di antara pemimpin politik melayu yang tidak senang dengan dasar DEB.

4. Ada di antara pemimpin melayu  cuba mengubah demokrasi berparlimen raja berperlembagaan kepada idealogi sosialis liberal mirip kerajaan republik.

5. Ada antara pemimpin melayu mengkhianati mandat diberikan oleh orang melayu  mencuri dana rakyat

No comments:

Post a Comment