Tuesday 1 October 2019

Kongres Maruah Melayu juga seperti #BMF tanpa agenda politik



Kongres Maruah Melayu yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam dengan penglibatan ahli akademik dari empat universiti tempatan dilihat ada persamaannya dengan Kempen 'Buy Muslim First ' yang dilaksanakan oleh NGO-NGO Islam di Malaysia.

Kongres Maruah Melayu ini tidak melibatkan parti politik seperti juga kempen beli barangan muslim

Jika kempen Buy Muslim First lahir dari kegelisahan masyarakat muslim tentang status halal dan untuk membangunkan ekonomi masyarakat Kongres Maruah Melayu juga lahir dari kegelisahan kaum melayu yang rata-ratanya muslim tentang agenda menjaga kepentingan melayu.

Kongres Maruah Melayu ini berbicara tentang kegelisahan cendekiawan melayu apabila ahli-ahli politik berbangsa melayu tidak lagi mampan dalam menjaga kepentingan melayu itu sendiri.

Tun Mahathir dijangka akan berucap sebagai wakil pemimpin melayu akan mengariskan beberapa perkara bagi perkara menyentuh tentang artikel 153 dalam perlembagaan.



Kongres ini akan membincangkan permasalahan orang Melayu melibatkan aspek pendidikan, agama, budaya, politik dan ekonomi.

Resolusi dijangka dikeluarkan, iaitu

1. Penyatuan satu sistem persekolahan demi integrasi kaum, 

2. Mempertegaskan Islam sebagai agama persekutuan

3. Penjelasan berkaitan perwatakan kaum

4. Agama untuk calon perdana menteri.

1 comment:

  1. Atok dah terdesak nampaknya. Hina Melayu kata Melayu pemalas, pemakan dedak, tak pandai berniaga bla bla bla. Bila terdesak cari Melayu juga. IPTA2 tu jadi tools ppbm.

    ReplyDelete