Tuesday 1 October 2019

PAS akan hadir ke Kongres Maruah Melayu


PAS akan hadir ke Kongres Maruah Melayu yang dijadual berlangsung awal bulan depan, yang turut menampilkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurut setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan, PAS akan diwakili presidennya sendiri iaitu Abdul Hadi Awang.

"PAS telah menerima jemputan daripada penganjur untuk menghadiri Kongres Maruah Melayu yang dijadual berlangsung pada 6 Oktober ini.

"Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pusat PAS mengambil ketetapan bersetuju untuk presiden menghadiri kongres tersebut sebagai tanda jiwa besar parti bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional dalam negara ini," katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Kongres anjuran empat universiti awam itu - Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM) - akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.

No comments:

Post a Comment