Monday 7 October 2019

5 Resolusi Kongres Maruah Melayu bukan gayacara Anwar


Pagi tadi berlansungnya Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati Shah Alam



Kongres ini dianjurkan secara bersama empat universiti iaitu UPSI, Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta satu sebuah badan bukan kerajaan (NGO)  menghimpunkan pemimpin parti politik ,pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi mewakili orang Melayu untuk bersama-sama memulihkan maruah dan semangat bangsa berkenaan.

Persoalannya mampukah Anwar yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri melaksanakan tuntutan para cendekiawan ini sedangkan terdapat banyak perbezaan tentang gayacara beliau berfikir berkenaan 5 resolusi yang diutarakan itu.

Timbul pula persoalan adakah 5 resolusi ini akan terkubur sebaik sahaja Anwar ambilalih jawatan PM?

5 resolusi Kongres Maruah Melayu itu meliputi lima kluster ialah budaya, ekonomi, pendidikan, agama dan politik yang akan diserahkan kepada kerajaan.

1.Pendidikan


Kongres Maruah Melayu mencadangkan sekolah satu aliran.

Anwar tidak memandang sekolah pelbagai aliran sebagai isu besar malah beliau setuju dengan
 pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) walhal UEC mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu yang telah ditetapkan perlembagaan dan sistem pendidikan Malaysia.

2. Agama.

Kongres Maruah Melayu menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membetulkan konsep Rahmatan Lil Alamin dan Hifz Ad Din.

Manakala Anwar dilihat sebagai pemimpin liberal yang cuba mengelirukan umat Islam dengan pendekatan sosialis liberal.

3. Ekonomi.

Kongres Maruah Melayu mahu hak Bumiputera dalam pengagihan kekayaan dikekalkan.

Anwar pula berkata DEB tidak mampan, perlu dihapuskan.


Cuba kita perhatikan 

Adakah DEB selama ini menyekat kemajuan kaum-kaum bukan Bumiputera dan membantutkan kemasukan modal asing?

Pemilikan Bumiputera pada nilai pasaran dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dianggarkan masih di bawah 16%.

Anwar membuta tuli bercakap mengenai meritokrasi dan liberalisasi yang dia sendiri tidak faham implikasinya.

Dilihat ramai lagi orang Melayu, Iban, Kadazan dan Orang Asli yang miskin dan melarat.

4. Budaya

Kongres Maruah Melayu mengariskan supaya rakyat menerima Malaysia dengan agama Islam sebagai rasmi. 


Anwar pula membawa fahaman pluralisme agama atau menyamaratakan semua agama . Beliau dalam ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menyatakan sokongan terhadap fahaman itu.

5. Politik

Kongres Maruah Melayu menggesa pemimpin Melayu menjaga kepentingan orang Melayu.



Manakala Anwar dilihat lebih cenderung menjaga kepentingan golongan minoriti demi meraih sokongan.

No comments:

Post a Comment