Tuesday 20 September 2016

Pemilihan PPBM - Satu Ahli Satu Undi Wajar Dipertengahkan Secara Online



Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin berkata sejak penyertaan ahli dibuka kepada umum, parti itu menerima kemasukan ahli mencecah 200, 000 setakat ini.Sinar harian - 16 September 2016
 http://www.sinarharian.com.my/politik/sambutan-meletup-bersatu-ulang-cetak-borang-keahlian-1.563072

PPBM pasti tak menang tangan mengurus kemasukan ahli, ditambah pula dengan pendaftaran yang  terima secara atas talian .bersatu.org.

Sambutan meletup terhadap parti baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini jika dilihat adalah kemasukan dari bekas ahli UMNO dan golongan atas pagar.

Dari pengamatan penulis jumlah kemasukan ahli ini dari bekas ahli UMNO dan golongan atas pagar adalah sama banyaknya.

Ramai dikalangan profesional yang terdiri daripada akuantan,eksekutif bank, ahli perniagaan, doktor dan lain lain turut mendaftar sebagai ahli PPBM.Ada diantara mereka tidak menjadi ahli mana-mana parti tetapi sentiasa menyokong UMNO dan mengundi BN setiap kali pilihanraya.

Tidak mustahil sebahagian besar pemimpin yang dipilih nanti turut merupakan bekas pemimpin-peminpin UMNO. Keadaan itu memang sukar dielakkan kerana mereka memang lebih berpengalaman memahami politik berbanding sesiapa yang tidak pernah terlibat secara lansung dalam politik
bagaimanapun, oleh kerana PPBM ingin menyaingi dan mengalahkan UMNO , mereka harus menjadi lebih baik berbanding UMNO.http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/09/walau-mirip-dan-ingin-kalahkan-umno.html

Bekas ahli UMNO sudah terbiasa dengan cara perjalanan dan sistem  parti lama mereka sementara golongan atas pagar pula tidak mempunyai pengalaman dalam sistem parti.

Dalam soal ini golongan atas pagar pula mahu satu sistem parti yang lebih terbuka dalam pemilihan dalaman parti manakala bekas ahli umno pula sudah terbiasa dengan sistem yang mereka jalankan dalam UMNO.

Untuk memurtabatkan " Parti Rakyat untuk Rakyat " maka ada wajarnya untuk menggunaka pakai kaedah Satu Ahli Satu Undi dalam pemilihan dalaman Parti.

Kaedah pemilihan secara Satu Ahli Satu Undi ini mengambilpakai sistem pemilihan dalaman parti  di UK dan Canada. Di malaysia PKR telah pun mengamalkan kaedah ini sejak 2010. 

Sistem pemilihan ini memberi banyak ruang kepada ahli untuk memilih pemimpin berbanding dengan sistem perwakilan yang selama ini dijalankan oleh UMNO.http://shahbudindotcom.blogspot.my/2013/07/sistem-pemilihan-baru-umno-suatu.html

Pada cadangan penulis ,oleh kerana kesuntukan masa dan kewangan parti, sistem pemilihan Satu Ahli Satu Undi ini boleh dijalankan secara online di mana ahli-ahli PPBM boleh memilih calon-calon wakil-wakil  melalui sistem online.


No comments:

Post a Comment